Hafizh ‘meletup’ lagi
Hafizh ‘meletup’ lagi
Bagaikan minta sedekah apabila niat pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin untuk terbangkan isterinya ke Eropah berdepan kesukaran terutama membabitkan kelulusan daripada Imigresen dan pihak berkaitan.
Situasi terbabit menyebabkan pelumba itu sekali lagi ‘meletup’ menerusi Instagramnya dengan meluahkan kekecewaan apabila dikatakan isterinya, Noor Suzana Abdul Manaf ‘sangkut’ seterusnya tidak boleh terbang ke Itali.
Kesulitan yang dihadapi Suzana itu kemungkinan disebabkan sekatan pergerakan penuh yang dilaksanakan kerajaan bermula hari ini sekali gus perjalanan ke luar negara dihadkan bagi membendung penularan Covid-19.
“Sumpah saya tak faham. Tak faham dengan apa (dimahukan) Imigresen dan kerajaan, saya nak terbangkan wife (isteri) ke sini bukan suka-suka encik, apa yang berlaku pada race (perlumbaan) lepas sumpah buka mata sendiri, kena ada salah sorang kena dekat dengan saya.
“Sebab kalau apa-apa berlaku encik senang…kalau Malaysia-Europe (Eropah) dua jam tak apa, ini 16 jam fly (terbang) saja.
“Saya race demi Malaysia dan minat, bukan bercuti…serius macam minta sedekah,” katanya.
Sebelum ini, Hafizh yang berasal dari Ampang pernah meluahkan rasa tidak puas hati apabila dia terpaksa menjalani kuarantin di hotel dalam tempoh seminggu selepas pulang dari luar negara.
Bukannya tidak mahu mengikut peraturan, namun tindakan kuarantin atlet yang baru pulang daripada luar negara walaupun sudah melakukan ujian calitan dan mengambil suntikan vaksin Covid-19 ternyata membuang masa sekali gus mengganggu persediaan mereka menyertai kejohanan seterusnya.
Perkara terbabit disuarakan Hafizh yang turut mempersoalkan kewajaran tindakan itu akan menyebabkan atlet hanya akan tidur dan makan sepanjang berada di hotel.
Namun, setakat ini, tidak mengetahui sama ada Suzana masih lagi terkandas atau sudah berlepas ke Eropah berikutan kedua-duanya tidak dapat dihubungi.
Mengikut rekod, Hafizh berjaya menamatkan perlumbaan Moto2 Grand Prix (GP) Itali di kedudukan kesembilan, Ahad lalu.
Ia adalah pencapaian terbaik pelumba negara itu bersama pasukannya NTS RW Racing GP selepas berjaya meraih satu mata ketika perlumbaan GP Le Mans. HM
Hafizh ‘meletup’ lagi
Baca Artikel Menari
- Pelbagai industri kelam-kabut dengan surat kebenaran perjalanan
- TUDM sahkan 16 pesawat tentera China ‘ceroboh’ ruang udara Malaysia
- Buat Masa Ini Saya Tiada Masa Melayan Orang Gila Atau Benda Gila’ – TMJ
- Resepi Kuey Tiow Kungfu Asli dan Sedap
- Simon Cowell Tarik Diri Jadi Juri X Factor Israel – Ada Kaitan Dengan Isu Gaza Dan Zionist?
- Kek Paling Tak Sedap! ‘ Kek Di Kecam Teruk Oleh Influencer, Fazley Yaakob Tetap Bersangka Baik.
You must be logged in to post a comment.