Program Subsidi Upah dilanjut sebulan
Program Subsidi Upah dilanjut sebulan
Program Subsidi Upah dilanjutkan selama sebulan bagi semua sektor ekonomi yang terkesan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, membabitkan kos RM1.5 bilion.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pelaksanaan PKP 3.0 tidak dapat dinafikan akan memberi kesan kepada sebilangan besar rakyat terutama risiko kehilangan pekerjaan dan pengurangan pendapatan akibat penutupan kebanyakan sektor ekonomi.
“Maka, kerajaan bersetuju melanjutkan Program Subsidi Upah bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) selama sebulan bagi semua sektor ekonomi yang terkesan dengan kos RM1.5 bilion dengan had 500 pekerja bagi setiap permohonan, ditanggung oleh kerajaan.
“Adalah dijangkakan 2.5 juta pekerja dan lebih 200,000 majikan akan mendapat manfaat,” katanya berucap pada Perutusan Khas Perdana Menteri Bantuan PKP 3.0, malam ini.
Muhyiddin berkata, majikan yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad pula akan menikmati pengecualian pembayaran levi selama sebulan pada Jun ini.
Selain itu, beliau berkata, pekerja juga boleh meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui portal pembelajaran E-Latih secara percuma, membabitkan lebih 400 modul dan kursus kemahiran. BH
https://mykmu.net/2021/05/31/mahu-beroperasi-ketika-pkp-penuh-mohon-di-pusat-sehenti-miti/
Program Subsidi Upah dilanjut sebulan
Baca Artikel Menari
- Memang keluarga dia ni semua jenis macam ni ke? – Tunku Idris
- Henti beri gambaran indah mengenai kadar vaksinasi negara – Yeo Bee Yin
- Resepi puding sagu pelangi dara
- Total Lockdown: Perbicaraan kes jenayah, sivil secara fizikal perlu ditangguh – Ketua Hakim Negara
- MCO violations: How Neelofa and husband Haris kept drawing police attention
- Mawar Karim dedah WhatsApp – Panas Giler
Layari Laman Facebook MYKMU NET