Poligami tingkat risiko kanser pangkal rahim — MYKMU.NET

Poligami tingkat risiko kanser pangkal rahim



Sebaran :

Poligami tingkat risiko kanser pangkal rahim

Poligami tingkat risiko kanser pangkal rahim.  Mereka yang mengamalkan poligami atau pernah bercerai dan berkahwin semula, boleh menjadi faktor berlakunya kanser pangkal rahim.

Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan (Kanser Ginekologi), Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Ahmad Zailani Hatta Mohd Dali berkata, masyarakat negara ini perlu lebih memahami bagaimana mendapat jangkitan Human Papillomavirus (HPV) yang merupakan penyebab kanser berkenaan, berlaku.

Poligami tingkat risiko kanser pangkal rahim

Kerap kali kanser pangkal rahim dikaitkan dengan tabiat seksual rambang, namun ia tidak semestinya benar.



“Saya tidak bersetuju dengan pandangan masyarakat yang sering menuding jari kepada kaum Hawa apabila mereka menghidap kanser pangkal rahim. Kadang-kala kita terlupa orang lelaki juga boleh menjadi pembawa virus HPV.

“Secara dasarnya, virus tersebut adalah sejenis bendasing yang boleh menjangkiti tidak kira lelaki atau perempuan.

“Sekiranya salah seorang isteri menghidap penyakit kanser pangkal rahim, kebarangkalian isteri yang lain untuk menghidapnya juga agak tinggi kerana si suami bertindak sebagai pembawa virus tersebut.

“Jangan hanya menuduh seseorang itu mengamalkan hubungan seks rambang apabila menghidap kanser tersebut. Tuduhan itu hanya menunjukkan betapa kurangnya pengetahuan kita tentang kanser pangkal rahim,” tambah Dr. Hatta.



Risiko untuk mendapat jangkitan HPV

Dalam masa yang sama beliau mengingatkan mereka yang mengamalkan monogami tetap mempunyai risiko untuk mendapat jangkitan HPV.

“Sifat virus tersebut sebenarnya boleh didapati di sekeliling kita termasuklah pada tangan, pakaian dan permukaan benda di sekeliling kita.

“Apabila virus tersebut terdedah pada pangkal rahim seorang wanita, ia boleh berkembang menjadi kanser pada masa hadapan. Kita perlu faham, kanser pangkal rahim ini adalah sejenis penyakit yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk bermutasi,” jelasnya lagi.



Penggunaan kondom semasa hubungan seks juga bukan bermakna seseorang itu akan selamat daripada jangkitan HPV, memandangkan ia tersebar menerusi sentuhan.

Jalan paling berkesan untuk mengelakkan jangkitan, kata Dr Hatta, ialah vaksinasi.

“Kita sebagai rakyat Malaysia dianggap bertuah kerana kerajaan menggalakkan suntikan vaksinasi tersebut diberikan kepada pelajar perempuan dari usia persekolahan lagi.



“Kita perlu memainkan peranan masing-masing untuk memastikan Malaysia boleh menjadi negara yang sifar kanser pangkal rahim pada masa akan datang,” kata Dr. Hatta.-Awani

Poligami tingkat risiko kanser pangkal rahim


   Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Lelaki Mahu Miliki 100 Isteri Sebelum Mati


Sebaran :


Leave a Reply