Hanya penginapan hotel untuk kuarantin dibenar beroperasi

Hanya penginapan hotel untuk kuarantin dibenar beroperasi

Hanya penginapan hotel untuk kuarantin dibenar beroperasi

PUTRAJAYA: Hanya penginapan hotel untuk tujuan kuarantin, pengasingan dan pekerjaan bagi perkhidmatan perlu sahaja dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh mulai hari ini hingga 14 Jun.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya telah mengeluarkan surat kebenaran beroperasi yang dapat diakses menerusi pautan dan e-mel.

Hotel yang berdaftar dengan MOTAC, boleh membuat semakan dan muat turun melalui: http://motac.gov.my/pkphotel manakala hotel tidak berdaftar dan berhasrat untuk mendapatkan kebenaran beroperasi, boleh menghantar e-mel nama hotel berserta sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta lesen pihak berkuasa tempatan melalui: [email protected].

Menurut MOTAC, sebarang pertanyaan mengenai prosedur operasi standard (SOP) am bagi aktiviti pelancongan dan kebudayaan boleh dikemukakan menerusi e-mel [email protected] dan hotline MOTAC 03-89117189.

MOTAC menegaskan sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh, semua aktiviti pelancongan dan kebudayaan termasuk penginapan berkonsep staycation dalam daerah sama tidak dibenarkan sama sekali.

“Sekatan dibuat bertujuan membendung penularan wabak pandemik COVID-19. Selain akur dengan arahan, MOTAC sentiasa berusaha mencari jalan terbaik untuk menjaga kepentingan pihak industri terjejas,” katanya. BERNAMA

Hanya penginapan hotel untuk kuarantin dibenar beroperasi


   Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET



Semua kilang arak ditutup serta-merta – Ismail Sabri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker