Safawi dan Sumareh bergaduh, apa cerita?



Sebaran :


KETIKA pasukan negara sedang giat melakukan persiapan bagi mengharungi baki saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, pastinya hubungan yang baik antara pemain juga diperlukan.

Justeru tidak hairanlah ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, tampak cemas dan risau apabila tercetusnya ‘pergaduhan’ antara dua tonggak negara, Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh.

Dalam satu video yang tular di laman sosial, Safawi dan Sumareh saling menolak bahu sebelum ‘bergelut’ sehingga memaksa rakan sepasukan masuk campur untuk menenangkan mereka.



Namun jangan bimbang, pergaduhan itu hanya gimik atau prank buat Cheng Hoe yang menyambut hari lahirnya yang ke 53, hari ini.

Lakonan itu dilihat berjaya mengalihkan perhatian Cheng Hoe ketika kek hari jadi dibawa masuk.

Di YouTube, penyokong bola sepak gembira melihat hubungan akrab antara pemain dan kakitangan pasukan, malah ada juga yang memuji ‘bakat’ lakonan kedua-dua pemain itu.



Skuad negara yang kini berada di Bahrain akan bertemu UAE 3 Jun ini, diikuti Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun).
Awani

[VIDEO] Sumareh si Keli Boy Sah Ke JDT Bukan Selangor


Sebaran :


Leave a Reply