Ramai sudah gantung kunci teksi
Ramai sudah gantung kunci teksi
Ratusan pemandu teksi di daerah Larkin didakwa telah menggantung kunci dan melakukan pekerjaan lain selepas terjejas teruk akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu bagi mengekang penularan Covid-19.
Lebih parah, lebih 2,000 pemandu teksi mendakwa bakal mengikut jejak yang sama selepas pendapatan mereka terjejas ekoran pelaksanaan PKP Penuh yang bermula esok.
Seorang pemandu teksi, Mohd. Zamri Mahazan, 48, pendapatan sedia ada juga sudah banyak berkurangan sejak PKP dilaksanakan setelah negara dilanda pandemik Covid-19 pada Mac tahun lalu.
Katanya, setakat ini ratusan kawan mereka sudah menggantung kunci mereka dan melakukan pekerjaan lain apabila tidak lagi boleh mencari makan dengan memandu teksi di negeri ini.
“Pemandu teksi di Larkin Sentral ini banyak bergantung kepada penumpang bas, kemasukan pengunjung dari Singapura selain mengambil penumpang di kawasan berhampiran.
“Namun sejak operasi Larkin Sentral menjadi lumpuh dan tidak ada lagi kemasukan pelancong dari negara jiran, pendapatan kami terjejas teruk. Tambahan pula kami terpaksa bersaing dengan pemandu e-hailing yang lain,” katanya.
Penyerahan bakul makanan kepada pemandu teksi
Dia ditemui pada program penyerahan bakul makanan kepada pemandu teksi di Larkin Sentral di sini semalam.
Menurut Mohd. Zamri, pemandu teksi amat berharap agar kerajaan mempunyai perancangan untuk membantu mereka yang turut menerima tempias daripada pelaksanaan PKP Penuh.
Tambahnya, dia mencadangkan kerajaan setidak-tidaknya dapat memberikan bantuan one-off sebanyak RM500 seperti yang dilakukan pada tahun lalu.
Sementara itu, Rahizam Ahmad, 53, pula berharap agar pihak kerajaan ada pelan bantuan yang lebih konkrit seperti pemberian moratorium bagi bantuan kredit jangka panjang.
“Pendapatan harian kami tidak sampai RM30 sehari, jauh berbeza berbanding sebelum PKP dilaksanakan iaitu antara RM160 hingga RM170,” katanya.
Tambahnya, dia kekal memandu teksi dan tidak berniaga kecil-kecilan untuk menampung hidup kerana keadaan tidak sesuai ekoran ekonomi yang tidak stabil.
“Ketika ini, kami terpaksa mengikat perut untuk membolehkan kami membayar sewa kenderaan serta perbelanjaan harian keluarga. Syukur pada bulan lalu menerima bantuan khas daripada Sultan Johor.
“Jika diberikan moratorium, kami tidak dikecualikan bayaran kredit selama beberapa bulan dan perkara ini amat membantu kami,” katanya yang sudah hampir 20 tahun menjadi pemandu teksi.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda Negara Negeri Johor, Saiful Bahari memberitahu, pemberian bantuan bakul makanan beserta wang tunai itu akan diperluaskan kepada individu lain yang turut terjejas disebabkan pandemik Covid-19. K Online
Ramai sudah gantung kunci teksi
Baca Artikel Menari
- Migrant crackdown will worsen health crisis, say activists
- Don’t play with autonomy on MCO rules, says Sarawak DAP
- Tak daftar masuk tempat kerja – dikompaun RM7500
- Vaksinasi AstraZeneca: Waktu janji temu di WTCKL, IDCC esok dijadual semula
- Warga Emas Ditemui Mati, Mayat Dimakan Kucing Peliharaannya
- [VIDEO] Polis Tangkap Suspek Tendang Tiga Pelanggan Di Kedai Serbaneka
Layari Laman Facebook MYKMU NET
You must be logged in to post a comment.