Kementerian Pengangkutan keluar surat kebenaran baharu di bawah sistem SMILE
Kementerian Pengangkutan keluar surat kebenaran baharu di bawah sistem SMILE
Kementerian Pengangkutan (MOT) mengeluarkan surat kebenaran baharu bagi membolehkan syarikat berdaftar di bawah Sistem Maklumat Industri Logistik (SMILE) beroperasi semasa fasa pertama sekatan pergerakan penuh.
MOT berkata, surat baharu bagi menggantikan surat terdahulu yang kini terbatal dan tidak sah, boleh dimuat turun menerusi https://application.mot.gov.my/.
SMILE merupakan sistem yang dkhususkan untuk syarikat dalam sektor logistik dan pengangkutan komersial, termasuk udara dan air, perkhidmatan kurier dan gudang, semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).
Sementara itu MOT berkata, hanya dua individu termasuk pemandu dibenarkan berada dalam sesebuah kenderaan persendirian pada satu-satu masa.
Bagaimanapun, tiga individu, termasuk pemandu dibenarkan di dalam sesebuah kenderaan sekiranya ada kecemasan atau lawatan ke hospital yang mempunyai surat doktor atau vaksinasi yang disahkan dengan MySejahtera, atau atas faktor keselamatan, kata kementerian itu dalam kenyataan hari ini.
Peraturan sama terpakai bagi teksi dan kenderaan e-panggilan dan penumpang mesti duduk di belakang.
Untuk pengangkutan awam MOT berkata, semua operator pengangkutan awam darat dan laut dibenarkan beroperasi pada kadar kapasiti 50% jumlah penumpang.
Bagaimanapun penumpang penerbangan dikecualikan daripada syarat ini berikutan jumlah penumpang yang sedia rendah.
“Semua operator dibenar menentukan kekerapan perkhidmatan optimum masing-masing bagi mengelakkan kesesakan di terminal, platform dan stesen, selain memastikan pematuhan penuh prosedur operasi standard (SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.
MOT berkata, bagi sektor logistik, semua syarikat logistik berkaitan pengangkutan darat, laut dan udara serta pengendalian barangan, termasuk perniagaan e-dagang, juga dibenarkan beroperasi secara optimum.
Bengkel kenderaan dan kedai tayar juga dibenarkan beroperasi, kata kementerian itu lagi. FMT
Kementerian Pengangkutan keluar surat kebenaran baharu di bawah sistem SMILE
Baca Artikel Menari
- Migrant crackdown will worsen health crisis, say activists
- Don’t play with autonomy on MCO rules, says Sarawak DAP
- Tak daftar masuk tempat kerja – dikompaun RM7500
- Vaksinasi AstraZeneca: Waktu janji temu di WTCKL, IDCC esok dijadual semula
- Warga Emas Ditemui Mati, Mayat Dimakan Kucing Peliharaannya
- [VIDEO] Polis Tangkap Suspek Tendang Tiga Pelanggan Di Kedai Serbaneka
Layari Laman Facebook MYKMU NET
You must be logged in to post a comment.