Resepi Macaroni Goreng Sempoi

Resepi Macaroni Goreng Sempoi
Resepi Macaroni Goreng Sempoi

Masa Penyediaan: 10 minit,
Masa Memasak:10 minit,
Jumlah Hidangan:6 orang

Resepi Makaroni Goreng, versi kurang pedas dan sesuai disediakan untuk kanak-kanak dan boleh dijadikan menu utama di majlis hari jadi atau party khas untuk mereka.

Buat sesetengah ibu yang dah buntu nak masak pa untuk anak pun boleh cuba resepi ni untuk pelbagaikan menu. Kalau nak pedas, boleh tambah cili kisar.

Bahan-Bahan:

250 gram makaroni
1/3 cawan minyak (boleh guna minyak zaitun)
1 mangkuk kecil daging kisar
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 sudu kecil herba oregano
1 sudu kecil Italian herbs
capsicum hijau, hiris nipis
(boleh juga gunakan mixed vegie
1/2 sudu kecil lada sulah
4 sudu besar tomato puree
2 sudu besar sos cili
1 biji tomato, potong dadu
semangkuk karot, potong dadu)
garam dan gula secukup rasa.

Cara Penyediaan:

Rebus makaroni di dalam air bersama sedikit garam. Angkat, toskan air dan gaul dengan sedikit minyak supaya tidak melekat.

Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama bawang besar sehingga layu.

Masukkan daging kisar dan kacau sehingga daging kering airnya.

Masukkan karot, atau mixed vegie (jika anda guna). Taburkan lada sulah, Italian herbs dan herba oregano.

Masukkan tomato puree, sos cili dan tomato. Kacau sehingga sayur-sayuran lembut dan kemudian masukkan makaroni.

Perasakan dengan garam dan sedikit gula secukup rasa.

Tips:

Bila rebus makaroni, agak-agak supaya makaroni sedikit kurang lembut (al-dente) sebab nanti nak goreng lagi takut makaroni jadi lembik.

Resepi Che Nom

Resepi Macaroni Goreng Sempoi


   Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET 


Resepi spaghetti olio ayam

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker