Kanak-kanak maut rumah terbakar


PORT DICKSON: Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Teluk Pelandok , Batu 12, pagi tadi.

Mayat mangsa yang berusia tiga tahun ditemui dalam timbunan baju di sebuah bilik dipercayai akibat lemas terhidu asap selepas rumah didiaminya terbakar.

Ketua Balai Bomba Teluk Kemang, Mohd Kamal Mohd Timar, berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada kira-kira jam 11.52 pagi.

Katanya, sejurus tiba di lokasi, pihaknya mendapati rumah jenis separuh kekal berstruktur batu-bata itu sudah 80 peratus terbakar.



“Ketika kejadian kami dimaklumkan ada enam orang dalam rumah termasuk mangsa iaitu ibu, datuk dan nenek serta dua lagi adik-beradik mangsa, namun kelima-lima mereka berjaya menyelamatkan diri dan tidak perasan mangsa tiada ketika itu.

“Keluarga tidak dapat menyelamatkan mangsa kerana api semakin marak, menyebabkan mereka tidak dapat masuk ke rumah untuk mencarinya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Kamal berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Katanya, kebakaran berjaya dikawal pada kira-kira jam 12.20 tengah hari dan operasi pemadaman kebakaran ditamatkan pada jam 1.55 tengah hari. BH



Rumah terbakar petang Syawal: Dua beranak rayu tempat berteduh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker