Individu gagal hadir suntikan vaksin patut dikompaun

Individu gagal hadir suntikan vaksin patut dikompaun
Individu gagal hadir suntikan vaksin patut dikompaun. Kerajaan wajar mengenakan kompaun kepada individu yang gagal hadir sesi janji temu vaksinasi tanpa alasan munasabah.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George, berkata kumpulan itu mengganggu kelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, dan mengakibatkan negara lewat mencapai sasaran imuniti kelompok.

Katanya, kerajaan boleh mempertimbang jumlah kompaun sesuai dikenakan kumpulan terbabit.

Beliau berkata, kerajaan wajar mewujudkan sistem penggiliran khas bagi menggantikan individu yang gagal menghadiri sesi janji temu vaksinasi tanpa alasan munasabah.

“Penguat kuasa perlu pergi ke rumah individu terbabit dan menyiasat bagi mengenal pasti punca kegagalan mereka menghadiri sesi ditetapkan. Keluarkan kompaun kepada mereka jika didapati secara sengaja atau gagal hadir tanpa alasan munasabah.

“Mereka ini bukan hanya melambatkan negara capai imuniti kelompok, tetapi turut mengancam keselamatan vaksin yang berkemungkinan rosak akibat tidak digunakan mengikut had masa ditetapkan.

“Negara juga perlu ada sistem penggiliran untuk menggantikan individu yang gagal hadiri sesi berkenaan. Dahulukan sesiapa sahaja yang sudah lama mendaftarkan diri untuk vaksinasi,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan sekumpulan individu gagal menghadiri sesi janji temu vaksinasi.

BH melaporkan, seramai 10,827 daripada 30,100 individu diberi janji temu melalui aplikasi MySejahtera bagi menerima suntikan vaksin COVID-19 di Kedah, dikesan tidak hadir antara 19 April hingga Sabtu lalu.

Kelmarin, dilaporkan hampir 10,000 penduduk di Kelantan dengan sebahagian besar berusia 60 tahun ke atas dikesan gagal hadir menerima suntikan vaksin sehingga Ahad lalu.

Dalam pada itu, Jacob berkata, pengambilan vaksin COVID-19 wajar diwajibkan kepada rakyat jika imuniti kelompok gagal dicapai.

“Kerajaan perlu beri peluang secukupnya kepada rakyat untuk mempertimbang baik buruk keputusan mereka sama ada mahu mengambil vaksin COVID-19 atau tidak.

“Jika negara masih gagal mencapai imuniti kelompok walaupun sudah mengambil semua tindakan proaktif, jadi wajar pemberian vaksin diwajibkan kepada semua ahli masyarakat,” katanya. BH

Individu gagal hadir suntikan vaksin patut dikompaun

 

Ramai Luah Kekecewaan..Tempahan Vaksin AstraZeneca Ditutup Selepas Sejam DiBuka,

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker