Resepi pesto pasta sedap
Resepi pesto pasta sedap
Sedapnya pesto pasta ni. Hidangan pasta klasik dari Itali ini menggunakan daun basil dan minyak zaitun sebagai bahan asas. Rasanya memang sedap dan memikat selera.
Makanan ini pasti digemari anak-anak kita kerana ia cukup menyelerakan dan anak-anak yang suka meragam ketika hendak makan pasti tidak membuat karenah.
BAHAN
180 gm spaghetti – rebus
4 ulas bawang putih
100 gm daun basil segar
2 sudu besar kacang pine
5 sudu besar keju parmesan – parut
500 ml minyak zaitun extra virgin
Garam secukup rasa
Sedikit krim masakan
Daun basil
CARA
1.Kisar bawang putih, daun basil, kacang pine dan keju parmesan sehingga halus.
2.Kemudian masukkan minyak zaitun, tunggu sehingga sebati. Setelah siap sos pesto, simpan seketika di dalam peti sejuk.
3.UNTUK PASTA : Ambil dua sudu besar sos pesto, masukkan ke dalam kuali.
4.Kemudian masukkan sedikit krim masakan,masak menggunakan api sederhana. Kacau sehingga mendidih.
5.Akhir sekali, gaulkan sos pesto bersama spageti. Perasakan dengan garam dan lada hitam secukup rasa. Hidangkan.
Resepi: Nik Michael Imran