Lelaki Acah Jemaah Masjid Dengan Pisau Dicekup [VIDEO]

Lelaki Acah Jemaah Masjid Dengan Pisau Dicekup [VIDEO]

GEORGETOWN: Seorang lelaki ditahan di sebuah masjid di Gelugor, di sini, semalam, kerana didakwa mengacah pisau sambil mengganggu jemaah yang hadir menunaikan solat.

Hasil pemeriksaan ketika diberkas, polis turut menemui sebilah pisau yang disimpan dalam beg sandang pada suspek berusia 35 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata terdahulu pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu daripada orang awam pada jam 8.25 malam.

Berdasarkan aduan diterima, beliau berkata, lelaki terbabit didakwa berlegar di dalam masjid dengan memegang pisau sambil mengganggu jemaah.

“Suspek berpakaian baju Melayu berwarna hijau kemudian ditahan polis yang tiba di lokasi kejadian.

Mahathir akhirnya mengaku Najib tak ambil duit 1MDB

“Hasil pemeriksaan menemui sebilah pisau berukuran 13 sentimeter di dalam beg sandang berwarna hitam,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Soffian berkata, hasil siasatan lanjut mendapati suspek dari Lebuh Mahsuri, Bayan Baru itu tidak bekerja, serta memiliki dua rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

“Susulan itu, suspek direman selama tiga hari hingga 24 Mei ini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” katanya.

 

Darurat Bukan Ubat Covid-19, Annuar Bidas Kor Ming

[VIDEO] Lelaki Acah Jemaah Masjid Dengan Pisau Dicekup


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET

 


[VIDEO] Tabik Spring Caprice! Tak ‘Koyak’ Berhujah Dengan ‘Influencer’ Israel. Netizen Salute Beliau

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker