Lebih 125,000 guru di Myanmar digantung kerja
YANGON: Lebih 125,000 guru di Myanmar digantung kerja oleh pihak tentera kerana menyertai gerakan keingkaran awam bagi membantah rampasan kuasa tentara Februari lalu, kata pegawai daripada Persekutuan Guru Myanmar.
Penggantungan itu dilaksana beberapa hari sebelum bermulanya sesi persekolahan baharu di negara berkenaan.
Namun ramai ibu bapa mengambil keputusan untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah sebagai tanda protes terhadap rampasan kuasa pihak tentera.
Menurut data terkini, jumlah guru berdaftar di Myanmar sejak dua tahun lalu adalah sebanyak 430,000.
“Tindakan ini bertujuan untuk menakutkan para guru supaya mereka kembali bertugas.
“Jika mereka memecat kesemua guru tersebut, sistem pendidikan di negara ini akan terhenti,” kata pegawai berkenaan yang tidak mendedahkan identitinya kerana takut akan dikenakan tindakan oleh pihak tentera.-Reuters
Bekas ratu cantik Myanmar, Htar Htet Htet angkat senjata perangi Tatmadaw