[IVIDEO] Menjerit Sampai Satu Mall Dengar, Rupa-Rupanya..

Lumrah dalam hidup, setiap daripada kita pasti ada rasa takut kepada sesuatu bukan?

Ada yang takut kepada serangga, ada juga yang takut untuk melakukan aktiviti ekstrem kerana mudah rasa gayat dengan ketinggian dan sebagainya.

Namun, lain pula dengan video viral di Indonesia ini apabila seorang kanak-kanak perempuan menjerit satu mall gara-gara takut naik escalator mencuri tumpuan netizen.

Lihat video penuh berkenaan di bawah:

Menjerit sampai satu mall dengar, rupa-rupanya takut naik escalator

Menerusi perkongsian video daripada @viviwulandari311 yang merupakan salah seorang pengunjung di pusat beli belah itu, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan menjerit ketakutan sehingga mengundang perhatian orang ramai.

Menurut si perakam, kanak-kanak itu menjerit dengan kuat kerana dia takut untuk menuruni escalator di dalam pusat beli belah tersebut.

“Biasalah anak orang kampung” – Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini mendapat sehingga 12.9M tontonan, 428.4K tanda suka dan 2.8K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenainya.

@viviwulandari311sm kya gw pas msh kecil🤪#ngakakparah #fypp #foryoupage #trendingtiktokviral #berandagakyah #fypシ #fyp #ngakaksehat #tiktok4funn #xyzbca #viral #fypp♬ original sound – Maspram

Ada yang meluahkan rasa simpati kepada kanak-kanak itu kerana mungkin dia pertama kali merasa pengalaman naik escalator.

Ada juga yang memarahi ibunya kerana tidak tarik si anak dengan lebih cepat kerana kemungkinan besar kakinya boleh tersepit di celah escalator tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image from @viviwulandari311 (TikTok)

Image via @viviwulandari311 (TikTok)

Mungkin tu memang first time dia naik escalator, ramai je masa kecil dulu macam ni juga kan?

Menteri tak tahu Kasino Genting Beroperasi, Sudah Diarah Tutup

Menjerit Sampai Satu Mall Dengar, Rupa-Rupanya..


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


IPF, Makkal Sakthi, KIMMA & MIUP Hanya Parti Nyamuk India – Ramasammy

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker