Syed Saddiq Bengang ‘Handphone’ Dirampas Polis

KUALA LUMPUR: Telefon bimbit milik Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, disita polis selepas beliau hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hampir dua jam sejak 10 pagi tadi.

Ia sebahagian prosedur bagi membantu siasatan berhubung video yang dimuat naik oleh beliau di media sosial pada 28 April mengenai kematian peniaga susu lembu, A Ganapathy ketika dalam tahanan polis.

Bekas menteri belia dan sukan itu berkata, selain merampas telefon bimbitnya, polis, atas arahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) turut mengambil akses ke akaun Instagram dan TikTok miliknya.



“Saya tidak pasti sama ada merampas telefon bimbit dilakukan secara sah atau tidak, saya serahkan perkara itu kepada peguam.

“Kenapa nak rampas telefon saya? Bagi saya ia tidak perlu kerana saya secara sukarela membenarkan mereka mengakses akaun saya,” katanya kepada media selepas memberi keterangan.

[VIDEO] Tabik Spring Caprice! Tak ‘Koyak’ Berhujah Dengan ‘Influencer’ Israel. Netizen Salute Beliau



Dalam pada itu, Syed Saddiq mendakwa tindakan terhadap beliau itu didalangi oleh SKMM yang bermotifkan politik.

“Saya tak salahkan polis sebab ia (arahan) bukan daripada mereka dan ia datang daripada SKMM. Saya cuma nak memberi peringatan betapa salah guna kuasa berlaku dalam SKMM ketika ini.

“Mereka aktifkan semula unit untuk menuduh bermotifkan politik,” katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan dipanggil sekali lagi untuk direkod percakapan, jika ada keperluan.



Pilih gadis muda agenda DAP Johor

Syed Saddiq berkata, beliau disiasat mengikut Seksyen 503 Kanun Keseksaan (menakutkan secara jenayah) serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia.

Ganapathy meninggal dunia di hospital pada 18 April lalu, lebih sebulan selepas dibawa dari IPD Gombak ke Hospital Selayang pada 8 Mac.



Satu lagi kematian dalam tahanan didakwa berlaku di balai polis sama dengan keluarga pengawal keselamatan berusia 42 tahun, Sivabalan Subramaniam, berkata beliau meninggal dunia kurang sejam selepas ditahan.

Kematian itu menyaksikan kemarahan pengguna media sosial menggunakan tanda pagar seperti ‘#JusticeForGanapathy’ dan ‘#BrutalityinMalaysia’.

Pakai dua pelitup muka, Noor Hisham ‘Misleading’?



Syed Saddiq Bengang ‘Handphone’ Dirampas Polis


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET

PKP 3.0: Kerajaan dituntut umum moratorium automatik



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker