Pengikut Sarimah Ibrahim Hilang Mendadak Sebab Sokong Palestin Tapi Dia Tak Pelik Pun..

Penyanyi dan pengacara televisyen, Che Puan Sarimah Ibrahim akur dengan kehilangan ketara jumlah pengikutnya sejak berkongsi mengenai penderitaan yang dihadapi rakyat Palestin.

Sarimah meluahkan perkara tersebut menerusi ciapan dalam Twitternya baru-baru ini.

Menurutnya, meskipun sedar jumlah pengikutnya semakin berkurangan sejak akhir-akhir ini, namun dia langsung tidak merasa pelik apatah lagi terkejut mengenai perubahan tersebut.



“Saya melihat pengikut media sosial saya dalam Twitter menurun dari hari ke hari.

“Saya tahu itu kerana sokongan tidak berbelah bahagi saya terhadap kemanusiaan, untuk orang yang tidak bersalah mati di Palestin,” ciapnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut berharap Sarimah tidak berhenti dan akan terus bersemangat memberi sokongannya dalam usaha menentang Israel.



Terdahulu, pelantun lagu Kini Kau Tiada itu merupakah salah seorang selebriti Malaysia yang tidak ketinggalan membawa suara dan menzahirkan sokongan terhadap perjuangan Palestin.

Sarimah merupakah salah seorang  artis dan selebriti di Malaysia yang juga tidak ketinggalan membawa suara mereka menzahirkan sokongan kepada perjuangan Palestin. Menjadikan media sosial sebagai platform, Sarimah sering menyuarakan isi hati mereka terhadap apa yang berlaku di Palestin.



Sedar sikit kaki pijak atas tanah mana – Sarimah Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker