PKP menyeluruh: Persatuan penjaja, peniaga minta moratorium dilanjutkan

PKP menyeluruh: Persatuan penjaja, peniaga minta moratorium dilanjutkan

 

PKP menyeluruh: Persatuan penjaja, peniaga minta moratorium dilanjutkan

JOHOR BAHRU – Persatuan Penjaja Peniaga dan Pengusaha Industri Kecil Melayu Johor Bahru menggesa institusi kewangan melanjutkan moratorium selama enam bulan bagi membantu mereka yang terkesan sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh dilaksanakan di negeri itu.



Setiausahanya, Mohammad Salezan Mohd Salleh berkata, jika ia dilaksanakan terdapat penjaja yang terbeban dengan tanggungan hutang sewa kedai masing-masing.

“Kalau ikut secara rambang melalui SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) lebih 50 peratus belia di Johor ini menceburkan diri di dalam bidang perniagaan.

“Manakala saya boleh katakan,leb ih 50 hingga 60 peratus penjaja, peniaga kecil dan induatri kecil ini gulung tikar. Tutup terus, terutama yang melibatkan perniagaan sewa premis,” katanya dalam sidang media mengenai gesaan kerajaan melanjutkan moratorium di sini, hari ini.

Beliau menjangkakan lebih 60 peratus perniagaan kecil-kecilan akan gulung tikar pada PKP 3.0 sekiranya tiada sebarang bantuan diberikan kepada mereka.



Selain itu katanya, ada golongan yang bekerja sendiri seperti peniaga kecil mengalami kesukaran dengan sesetengah daripada mereka mungkin terpaksa menutup perniagaan.

“Walaupun kedai makan dan gerai penjaja di negeri yang dikenakan PKP dibenarkan beroperasi, namun jumlah pelanggan mereka berkurangan kerana ramai yang tidak keluar rumah.

“Selain itu, rentas negeri dan daerah juga tidak dibenarkan menyebabkan sesetengah perniagaan kecil yang menjadi tumpuan pelancong akan terjejas,” katanya.

Sehingga hari ini seramai 6,107 ahli yang berdaftar dalam persatuan berkenaan.



Mohammad Salezan berkata, pihaknya sentiasa terbuka dengan sebarang keputusan dan tindakan yang akan diputuskan kerajaan.

Namun beliau mengharapkan kerajaan dapat meneruskan segala bentuk bantuan yang pernah diberikan sebelum ini.

“Kami pihak persatuan mengalukan pihak kerajaan melakukan PKP bagi mengekang peningkatan kes (positif Covid-19) amat membimbangkan.

“Macam peniaga-peniaga ini mereka tiada caruman, pendapatan sekarang umpama bekerja pada hari itu,itulah gaji mereka.



“Jadi saya merayu, saya mewakili semua penjaja peniaga dan pengusaha industri kecil Melayu di Johor Bahru agar kerajaan memberi bantuan i-Sinar, teruskan moratorium atau apa sahaja bantuan diteruskan sekiranya total lockdown dilaksanakan,”katanya.

Beliau berkata, moratorium membolehkan golongan terlibat menstruktur semula pinjaman bank mereka bagi mengurangkan jumlah bayaran bulanan.

“Setidak-tidaknya golongan ini boleh bernafas dan mengurangkan sedikit tekanan dan bebanan yang ditanggung.

“Dalam fasa PKP itu sebenarnya banyak masalah yang akan dihadapi, jadi sekali lagi saya merayu pandanglah kami peniaga-peniaga kecil ini.



“Kita tidak pasti bila PKP ini akan berakhir kerana jumlah kes Covid-19 yang masih tinggi ketika ini. Jadi, langkah sewajarnya untuk membantu rakyat perlu,”katanya.

Pada PKP 1.0 pada 18 Mac tahu lalu, kerajaan melaksanakan moratorium secara automatik selama enam bulan bermula April 2020, sebelum kemudahan tersebut dilanjutkan selama tiga bulanlagi untuk golongan yang benar-benar memerlukan dan masih terjejas akibat penularan Covid-19. MG

 


Baca Artikel Menarik



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Umno tuntut i-Sinar, moratorium sekali lagi jika PKP penuh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker