Jururawat rugi RM10,000 beli gelang tangan lelong

Tertarik dengan gelang tangan yang dijual secara lelong di Instagram seorang jururawat akhirnya berputih mata apabila mengalami kerugian RM10,422 selepas ditipu dalam pembelian barang kemas terbabit.

Mangsa yang berusia 33 tahun dari Taman Cederawasih, di sini, pada awalnya berminat untuk membeli seutas gelang tangan berharga RM422 yang diiklankan dalam Instagram pada 20 Mei lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa kemudiannya menghubungi penjual berkenaan serta membuat bayaran untuk gelang tangan terbabit.

“Suspek telah meminta pelbagai bayaran caj yang dikenakan menyebabkan pengadu membuat bayaran sebanyak RM10,000 melalui tiga transaksi ke satu akaun bank.

“Malangnya sehingga kini mangsa belum menerima gelang tangan yang dibelinya itu dan telah berasa tertipu sebelum tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Kuantan di sini,” katanya.

Menurut Mohd Wazir kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Kesiksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun serta boleh disebat dan denda jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker