Pendaftaran vaksin AstraZeneca bermula Ahad

Pendaftaran Fasa 2 suntikan vaksin AstraZeneca akan dibuka bermula pukul 12 tengah hari Ahad ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia boleh dilakukan di laman web http://vaksincovid.gov.my.

“Ia hanya akan dibuka untuk penduduk di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor, Kuching dan Miri yang berusia 60 tahun ke atas,” ciapnya di laman Twitter hari ini.

Beliau sebelum ini berkata, pendaftaran janji temu tersebut akan diberi keutamaan kepada kira-kira 25,000 pendaftar program vaksin AstraZeneca Fasa 1 yang berada dalam senarai menunggu dan warga emas.



Katanya, Pusat Kesihatan Daerah (PKD) juga akan melakukan pendaftaran untuk warga emas yang berada di kawasan masing-masing,” katanya.

“Pelaksanaan Fasa 2 melibatkan kuota kepada PKD untuk membolehkan pendaftaran warga emas termasuk di pusat jagaan warga emas.

“Selepas tamat pendaftaran, baki kuota akan dibuka kepada semua,” katanya. – K! ONLINE

KJ meroyan setiap kali saya persoal kadar vaksinasi rendah, kata Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker