Resepi Laksa Johor Sedap : Resepi Che Nom

Resepi Laksa Johor Sedap
Resepi Laksa Johor Sedap

Masa Penyediaan: 45 minit,
Masa Memasak:25 minit,
Jumlah Hidangan:10 orang

Sebelum tu mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa laksa Johor menggunakan spaghetti berbanding laksa negeri lain yang lebih berunsur tradisi tempatan seperti menggunakan laksa dari tepung beras dan sebagainya.

Barangkali ada sejarahnya yang tersendiri, dan ada sumber mengatakan penggunaan spaghetti adalah kerana pengaruh kerabat Johor yang berasal dari barat. Tapi kita pun tak pasti. Yang pastinya, laksa Johor memang sangat sedap dan salah satu hidangan kegemaran ramai.

Penyediaanya agak rumit dan bahan yang digunakan pula adalah gabungan dari perbagai unsur menarik seperti rempah kari, kerisik dan isi ikan kurau masin. Kuahnya pula dihidangkan pekat dan kebiasaannya orang Johor makan dengan menggunakan tangan sahaja. Memang betul betul sedap bila dihidangkan bersama sambal belacan dan ulam ulaman segar.

Rujukan asal adalah dari resepi Chef Wan tapi kuta olah sedikit mengikut sukatan sendiri. Anda harus cuba resepi ini.

Bahan-Bahan:

1 kg ikan parang atau sardin (boleh campur), rebus dan asingkan isi. Simpan air rebusan.
santan, dari 1 biji kelapa
2 sudu besar rempah kari daging
minyak masak
1 batang serai, dititik
3 sudu besar kerisik
1 ikat daun kesum
1 kuntum bunga kantan, belah 4
5 helai daun pudina, hiris nipis (jika suka)
2-3 kepingan asam keping
gula melaka
garam

Bahan-bahan untuk stock udang:

kulit dan kepala udang, dari semangkuk udang (asingkan isi untuk bahan kisar B)
2 ulas bawang putih, hiris nipis

Bahan-bahan untuk kisar halus (A):

1.5 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas
2 inci halia
15- 20 tangkai cili kering, buang biji dan rendam air panas
8-10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
4 batang serai, hiris nipis
1 sudu besar belacan bakar
1 1/2 sudu besar udang kering, rendam sampai lembut

Bahan-bahan untuk kisar halus (B):

isi udang, anggaran semangkuk kecil
100g isi ikan kurau masin, rendam sampai lembut.
isi ikan rebus (dari bahan atas)

Bahan-bahan untuk spaghetti:

1 paket spaghetti
1 sudu besar garam
air secukupnya
sedikit minyak

Bahan-bahan untuk hiasan/ulaman:

timun, buang kulit dan biji,hiris nipis
taugeh, buang ekor
daun kesum, hiris nipis
kacang panjang, hiris dadu
bawang besar, hiris nipis
limau kasturi
lobak masin,celur dan rincik halus
bunga kantan, hiris nipis
daun selasih, hiris nipis

Bahan-bahan untuk sambal belacan:

6-8 biji cili merah
10-15 biji cili padi
2 ulas bawang putih
belacan bakar, sebesar ibu jari
air perahan jus limau kasturi
garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk stok udang:

Kisar semua bahan sehingga halus.
Kemudian tapis airnya.

Cara-cara untuk spaghetti:

Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan garam dan spaghetti kering. Rebus mengikut arahan di paket.
Toskan dan gaul dengan sedikit minyak supaya tidak melekat.

Cara-cara untuk kuah laksa:

Panaskan minyak masak dan tumis Bahan Kisar Halus A sampai naik bau.

Masukkan serai yang dititik dan serbuk kari. Teruskan kacau di atas api perlahan sehingga pecah minyak dan garing.

Masukkan pula Bahan Kisar Halus B, bersama air stok udang dan air rebusan ikan. Masak sehingga kuah mendidih.

Masukkan santan, kerisik, daun kesum, bunga kantan, daun pudina, asam keping, gula melaka dan garam secukup rasa.

Renehkan kuah di atas api perlahan sehingga mencapai tahap kepekatan yang sesuai.

Hidangkan bersama spaghetti, bahan-bahan ulaman sambal belacan

Cara-cara untuk sambal belacan:

Kisar cili merah, cili padi, bawang putih dan belacan. Tidak perlu letak air dan jangan kisar terlalu halus.

Perah jus limau kasturi dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap untuk dihidang.

Tips:

Penggunaan jenis ikan amat mempengaruhi rasa laksa Johor. Kebiasaannya ikan parang menjadi pilihan kerana isinya yang manis dan sedap, tetapi boleh juga dicampur bersama ikan lain seperti sardin, kembung atau selar.

Kuah pula harus direneh perlahan-lahan setelah dimasukkan santan supaya kuah laksa akan pekat cantik tidak tidak terlalu pecah minyak dari lemak santan.

Resepi Che Nom

Resepi Laksa Johor Sedap


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi Laksa Penang Pekat dan Sedap

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker