Tabung Palestin: Volvo dibida RM150,000, keris RM42,500
Dua pemimpin PAS mengutip dana bantuan Palestin hampir RM200,000 melalui bidaan sebuah kereta oleh Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dan lima bilah keris Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Abdullah.
Kereta Volvo C60 milik Sanusi dilaporkan dibida dengan harga RM150,000, yang dimenangi Yaakob Yusra Mohd bagi mengisi tabung #Aid4Palestin.
Sanusi berkata, hasil bidaan itu akan diserah kepada PAS Kedah sebagai sumbangan peribadinya untuk Palestin melalui parti itu yang berjumlah RM160,000.
Menurutnya lebih 20 orang menyertai bidaan itu namun mereka yang menawarkan harga tertinggi hanya tiga orang.
“Ustaz Yaakob berjaya menawarkan harga paling tinggi iaitu RM150,000 di minit 9.55 pagi sebelum ditutup pada jam 10 pagi (semalam).
“Ada yang menawarkan harga lebih tinggi tetapi lebih jam 10 pagi, jadi saya terpaksa tolak,” katanya seperti dilaporkan Harakahdaily, semalam.
Menurutnya beliau tidak menyangka ada yang sanggup menawarkan harga sedemikian kerana sangkaan awalnya hanya sekitar RM70,000 hingga RM80,000 sahaja.
Katanya kenderaan itu mengikut harga pasaran hanya sekitar RM60,000 sahaja.
Sementara itu di Kelantan, bidaan lima bilah keris oleh naib presiden PAS berjaya mengutip dana terkumpul berjumlah RM42,400 selepas tamat tempoh bidaan selama 24 jam bermula semalam.
“Sebanyak RM42,500 berjaya dikumpulkan. Keris pertama dibida pada harga RM17,000, manakala keris kedua dan ketiga sebanyak RM9,000 dan RM6,500.
“Seorang pembida yang tidak berjaya juga menyatakan untuk terus menyumbang sebanyak RM10,000.
“Proses bidaan ini dikelolakan oleh Pertubuhan Cakna Palestin dan semua bayaran juga telah selesai dipindahkan dari pembida dan penderma terus ke akaun Cakna Palestin,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.
Tambah Mohd Amar, bidaan amal keris ini adalah salah satu tarikan dan usaha menggiatkan kempen #Aid4Palestine.
“Kita semua boleh terus menyumbang dalam pelbagai bentuk dan saluran. Semoga mendapat keberkatan,” jelasnya.
Baca Artikel Menarik
- ‘Kluster Kayangan’ didakwa langgar SOP lagi
- Resepi Mini Chicken Pot Pie
- Resepi Ikan Salmon Grill Lemon Butter Sauce
- Cuba lari dari pusat kuarantin, bila ‘kantoi’ beri alasan nak beli rokok
Layari Laman Facebook My KMU NeT
‘Selamatkan Palestin!’ – Paris Hilton zahir sokongan menentang Israel
You must be logged in to post a comment.