Aliff Syukri salah letak bendera lain!

Aliff Syukri salah letak bendera lain. Terlalu ‘semangat’ buat video sokong Palestin, Sejak awal serangan rejim Zionis Israel, rakyat Malaysia sentiasa memberi sokongan penuh terhadap saudara sesama Muslim di Palestin.

Bukan rakyat biasa sahaja, ramai selebriti Malaysia turut membantu menyebarkan kesedaran kepada masyarakat dunia berkenaan situasi semasa yang berlaku di negara tersebut.

Tidak ketinggalan juga, insan yang dilabel sebagai penyanyi nombor 1 negara, Datuk Seri Aliff Syukri yang turut serta membuat video sebagai tanda sokongan kepada Palestin.



Rakam video tanda sokongan

https://www.instagram.com/p/CPBBU4MJHvb/?utm_source=ig_web_copy_link

Namun, apa yang menarik perhatian netizen dalam videonya itu adalah bendera ‘Palestin’ yang digunakan oleh usahawan berusia 34 tahun itu.

Alamak, salah bendera pula!



Menerusi video terbabit kelihatan pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman itu memakai jubah dan serban sambil berjoget serta melompat mengikuti lagu irama Arab.

Namun, bendera yang digunakan untuk melambangkan Palestin itu bukanlah bendera Palestin sebenar tetapi ianya bendera negara Sudan.

Mungkin Aliff terlalu bersemangat sehingga tertukar antara kedua bendera itu. Dalam pada itu, dia turut menunjukkan riak wajah bengis apabila pada bendera Israel.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Aliff. Ada juga yang menegur bendera yang digunakan oleh Aliff tersebut.



Bukan itu sahaja, ibunya Bonda Rozita Ibrahim turut meninggalkan komen pada perkongsian anak lelakinya itu.

Aliff Syukri salah letak bendera lain. Terlalu ‘semangat’ buat video sokong Palestin,


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NET


Cari pasal, Aliff Syukri pukul Ac Mizal



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker