5 tan metrik minyak masak bersubsidi tak berjaya diseludup keluar
Sejumlah 5.4 tan metrik minyak masak bersubsidi berjaya diselamatkan pihak berkuasa dalam satu operasi di Tanah Merah Kelantan, semalam.
Cubaan menyeludup barangan kawalan ke negara jiran itu terbongkar hasil risikan rapi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan dengan kerjasama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga sejak dua minggu lalu.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri, Azanizam Affendi Juri berkata, pihaknya berjaya mengesan sebuah premis yang disyaki dijadikan transit bagi menempatkan barangan-barangan kawalan seterusnya dibawa seludup ke negara jiran melalui pengkalan haram.
Menurutnya, pasukan operasi menjejaki sebuah lori dari Gua Musang menuju ke sekitar sempadan negara berhampiran Kampung Ayer Batu, Panglima Bayu, Tanah Merah.
Katanya, serbuan selepas itu berjaya menahan dua buah lori tiga tan, bersama pemandunya di lokasi tersebut.
Pemeriksaan terhadap lori pertama menemui anggaran sebanyak 2,890 kilogram minyak masak paket bersubsidi.
“Seterusnya pemeriksaan lori kedua pula dengan berjaya menemui anggaran sebanyak 2,550 kilogram minyak masak paket bersubsidi.
“Keseluruhan minyak masak paket 1kg bersubsidi yang disita adalah anggaran sebanyak 5,440 kilogram dengan nilai rampasan dianggarankan sebanyak RM113,600 termasuk dua buah lori,” katanya dalam kenyataan media di Kota Bharu, hari ini.
Galak Menghentam Zionis, Terlupa Bersarangnya Freemason Bersepah Dalam Malaysia
Tambahnya, siasatan awal terhadap pemandu lori tersebut yang berumur 50-an mengakui dia mengambil upah membawa barang kawalan bersubsidi minyak masak ke tempat transit tersebut dibayar upah RM1.50 setiap kotak minyak masak berkenaan.
Katanya, modus operandi bagi penyeludupan kali ini ialah penyeludup barang kawalan bersubsidi minyak masak dengan membayar upah kepada pemandu lori dan mengambil barang kawalan dari pemborong serta pembekal untuk dihantar menghantar ke lokasi transit sebelum diseludup.
“Pemandu lori tersebut ditahan bagi membantu siasatan berhubung rampasan ini dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
“Sehubungan itu KPDNHEP Kelantan memberikan amaran kepada mana-mana peniaga atau individu dengan niat melakukan penyeludupan barangan kawalan supaya menghentikan kegiatan tersebut.
“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu atau peniaga yang melakukan kesalahan ini seterusnya dikenakan hukuman denda yang tinggi,” kata Azanizam Affendi.
Baca Artikel Menarik
- ‘Kluster Kayangan’ didakwa langgar SOP lagi
- Resepi Mini Chicken Pot Pie
- Resepi Ikan Salmon Grill Lemon Butter Sauce
- Cuba lari dari pusat kuarantin, bila ‘kantoi’ beri alasan nak beli rokok
Layari Laman Facebook My KMU NeT