Pulau Pinang mungkin tak terima lagi air Sungai Muda


ALOR SETAR: Pulau Pinang mungkin tak terima lagi air Sungai Muda. Kedah memberi amaran kemungkinan Pulau Pinang tidak lagi menerima bekalan air Sungai Muda jika terus membuat pelbagai helah bagi mengelak membayar caj air mentah dari negeri itu.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata kerajaan negeri memandang serius perkara itu kerana Pulau Pinang sudah lama menjana keuntungan hasil sumber air mentah dari Kedah.

“Jika mereka (Pulau Pinang) tak bayar juga, tunggu saja jika air tidak sampai ke sana.

“Pulau Pinang tak perlu berdalih, kita (kerajaan Kedah) minta mereka bayar caj air mentah. Dengan kerajaan Pusat kita tahu untuk minta pampasan,” katanya pada sidang media di Kompleks PAS negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Ir Jaseni Maidinsa hari ini, Kedah sewajarnya menuntut pampasan untuk perlindungan undang-undang dan pemuliharaan Ulu Muda daripada kerajaan Pusat.

Media sebelum ini melaporkan, Kedah menuntut RM50 juta setahun daripada Pulau Pinang kerana mengekstrak air mentah dari Sungai Muda dan pampasan RM100 juta setahun daripada kerajaan Pusat selepas menghentikan pembalakan di hutan Ulu Muda.

Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata, pihaknya sudah menghantar beberapa cadangan dan pandangan pakar dari segi teknikal kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) untuk proses timbang tara bagi mengatasi hal itu.

KASA akan jadi moderator

“KASA akan jadi moderator untuk urus hal tuntutan bayaran caj air kepada Pulau Pinang.

“Sekiranya Pulau Pinang membayar caj air kita akan mengambil kira kepentingan negeri itu dalam semua projek bekalan air di Kedah, termasuk projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) dan baraj di Sungai Muda,” katanya. BH

Pulau Pinang mungkin tak terima lagi air Sungai Muda

Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT

Saya boleh kerah orang kampung sekat Sungai Muda

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker