Saya dah dilamar – Nora



Sebaran :

Saya dah dilamar – Nora

Kuala Lumpur: Selepas dikaitkan berkahwin dengan ahli potilik, penyanyi, Datuk Nora Ariffin, 48, akhirnya mendedahkan dia sudah pun dilamar seseorang untuk menjadi teman hidup.

Menerusi temubualnya bersama portal Astro Awani X Gempak, penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu mengakui menerima lamaran pernikahan berkenaan daripada individu lain.

Berkongsi kisah lamaran itu, Nora berkata lelaki yang sudah melamar dirinya bukanlah tergolong dalam kalangan personaliti terkenal.

“Selepas di fikir dengan teliti, rasanya sudah sampai masa untuk  saya membuat pengumuman  bahawa memang ada menerima lamaran daripada seseorang.



“Insya-Allah jika segala perancangan berjalan lancar, saya akan berkongsi mengenai hari bahagia itu dengan anda semua tidak lama lagi,” katanya.

Nora yang juga balu komposer terkenal, Allahyarham Johan Nawawi sebelum ini pernah tampil menepis dakwaan dirinya dikata sudah bernikah dengan Ahli Parlimen Ketereh yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa di Selatan Thailand.

Ia berikutan tular di media sosial mengenai sekeping salinan sijil pernikahan yang didakwa milik mereka.



Saya dan Tan Sri (Annuar) tidak pernah bernikah

“Demi Allah, saya dan Tan Sri (Annuar) tidak pernah bernikah, dan saya sendiri tidak faham bagaimana ada pihak yang boleh membuat tuduhan sebegini.

“Sudah banyak kali saya menafikannya (bernikah), termasuk di pihak Tan Sri juga, namun masih ada yang  tidak mempercayainya. Justeru, saya fikir sudah sampai masa untuk mengumumkan bahawa saya memang ada menerima lamaran pernikahan dan kini dalam perancangan ke arah majlis itu,” katanya.

Ujar Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin, dia kini sudah bersedia untuk berkahwin baharu selepas berfikir semasak-masaknya dan paling penting, hubungan itu direstui anak-anaknya.



“Anak-anak pun ada beritahu, yang mereka akan memberi sokongan pada apa sahaja keputusan yang baik buat saya. Mereka, hanya mahu melihat saya gembira,” katanya.

Katanya, ditambah lagi keluarganya serta sebelah mentua juga sering mengingatkan agar dia sedia mempertimbangkan lamaran serius lelaki yang mahu memperisterikannya.

“Allahyarham ibu mentua saya juga pernah berpesan, jika ada lelaki yang melamar, cubalah menerimanya. Alhamduliillah, berkat restu dan sokongan anak-anak serta keluarga, saya kini sudah bersedia menerima lamaran itu,” jelasnya.



Terdahulu, Nora berkahwin dengan Allahyarham Johan pada 1992. Mereka dikurniakan empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan.

Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung. Malah, pada 13 Disember 2019 pula Nora diduga dengan kematian anak keduanya, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.

Saya dah dilamar – Nora


 

Baca Artikel Menarik



Layari Laman Facebook My KMU NeT


Sarah yang hamil, mertua yang alahan

 



Sebaran :


Leave a Reply