Teh O pam minyak laku keras

Sebuah gerai minuman di Bandung, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian kerana menjual minuman yang disimpan di dalam balang menyerupai pam minyak, lapor laman berita Detik semalam.

Gerai teh di Jalan Ciwastra itu mengetengahkan konsep stesen minyak selain turut dikenali sebagai Pertehmina.

Ia menyerupai nama syarikat minyak dan gas milik pemerintah Indonesia, Pertamina.



Penjual pula memakai pakaian menyerupai pekerja stesen minyak, lengkap dengan topi.

Menurut pemilik Pertehmina, Rahadika, idea untuk menggunakan konsep tersebut timbul selepas melihatkan keadaan cuaca yang semakin panas.

“Air teh sememanmgnya menjadi minuman kegemaran orang ramai dan diminum setiap hari. Dalam masa sama, kami mahu mengetengahkan sesuatu yang berbeza dan mempunyai nilai tambah,” katanya.

Tambah Rahadika, meskipun menggunakan balang menyerupai pam minyak, ia sebenarnya bekas bergred makanan, dan bukannya diubah suai daripada pam minyak sebenar.



“Konsepnya sahaja pam minyak tetapi semua peralatan yang digunakan mempunyai gred makanan,” ujarnya.

Mengetengahkan lima jenis minuman, pekerja akan mengisi air ke dalam bungkusan mengikut sukatan yang diminta oleh  pengguna.

Ia dijual pada harga antara 3,000 rupiah hingga 9,000 rupiah (RM0.90 dan RM2.70), manakala teh yang digunakan 100 peratus berasal dari Jawa Barat. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ajai tercarut dalam program FD3



FD3: Kemunculan Datuk Red bawa tuah kepada Adira

All Stars Gegar Vaganza: “Vocal cord saya memang ada parut kekal” – Naqiu



Saya tak berzina – Shakilla Khoriri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker