Perkeso siasat ‘majikan’ palsu salah guna dana Penjana

PETALING JAYA: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sedang menyiasat dakwaan penyalahgunaan dana Program Insentif Pengambilan Pekerja di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).

Menteri Sumber Manusia, M Saravanan, memberitahu FMT beliau sudah mengarahkan pasukan antipenipuan Perkeso menyiasat perkara itu selepas mendapat tahu mengenainya beberapa hari lalu.

Terdahulu, bekas menteri sumber manusia, M Kula Segaran menggesa kerajaan bertindak terhadap dakwaan ramai “majikan yang meragukan” memohon dana bawah program itu tanpa mengambil pekerja.

Saravanan berkata, beliau hanya tahu dua kes sedemikian, satu daripadanya dilaporkan ADUN Sabai, D Kamache.

Kamache membuat laporan polis terhadap beberapa individu menganggur, tetapi didaftarkan sebagai penyumbang Perkeso dan dianggap bekerja dengan sebuah syarikat yang memohon insentif pengambilan pekerja bawah Penjana.

“Saya tidak dengar apa-apa daripada bekas menteri secara peribadi, beliau tidak berkomunikasi dengan saya. Tetapi, Kamache memaklumkan saya mengenai kes ini dan saya mengarahkan pasukan Perkeso segera menelitinya,” kata Saravanan.

Beliau berkata, siasatan dijangka selesai dalam minggu ini.

“Jika saya tidak puas hati dengan laporan yang diserahkan, saya akan menubuhkan sebuah jawatankuasa dalam kementerian untuk mengawasi prosedur itu.”

Bagaimanapun, jika terbukti betul, beliau akan merujuk perkara itu kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk tindakan lanjut.

 

Covid-19: 4,865 kes baru dan 47 kematian


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker