Pemuda maut ditimpa paip saluran gas seberat 2 tan

KEMAMAN: Seorang pemuda maut selepas ditimpa sebatang paip saluran gas yang dianggarkan seberat 2 tan ketika sedang melakukan kerja mengecat.

Kejadian berlaku di sebuah bengkel fabrikasi saluran paip gas di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, di sini, kira-kira jam 9 pagi Isnin.

Mangsa, Ahmad Shahir Hasauddin, 29, disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan selepas mengalami kecederaan parah.



Ketika kejadian mangsa dikatakan sedang melakukan kerja-kerja mengecat paip yang baru dikimpal di bengkel tersebut.

Bagaimanapun sejurus selepas itu paip yang diletakkan di atas sebuah para kayu itu dikatakan secara tiba -tiba menggelungsur ke arah mangsa yang berada dalam kedudukan mencangkung semasa melakukan kerja mengecat.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanya Ramlan berkata kejadian itu disedari oleh beberapa pekerja yang lain sebelum bertindak menelefon pihak bomba mengenai kejadian tersebut.

Katanya pihak bomba menggunakan jentera forklift untuk mengangkat besi paip tersebut sebelum mangsa yang tersepit dapat dikeluarkan 10 minit kemudian.

Dia berkata mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk proses bedah siasat dan kes di klasifikasikan sebagai mati mengejut.



Gadis Ini Derita Lumpuh Akibat Dihempap Konkrit

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker