Pesakit Covid-19 kategori 1, 2 boleh kuarantin di rumah



Sebaran :

PETALING JAYA: Pesakit kategori 1 dan 2 boleh kuarantin di rumah seperti dimaklumkan dalam pekeliling yang dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba berkata, kuarantin di rumah dibenarkan dengan syarat pesakit tiada komorbiti atau penyakit lain, selain mempunyai fasiliti untuk mengasingkan diri seperti mempunyai bilik atau bilik air sendiri.

“Namun jika pasukan penilai mendapati ramai anggota keluarga rumah itu tidak boleh ada penjarakan fizikal, mereka akan dibawa ke PKRC untuk dipantau kesihatan,” katanya dipetik daripada Berita Harian.



Mengulas lanjut, beliau berkata sejak 1 Januari lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) menetapkan pesakit Covid-19 Tahap Satu dan Dua menjalani rawatan serta kuarantin di rumah, dengan pemantauan ketat oleh petugas kesihatan.

‘Bohong dan fitnah’ – McDonald’s Malaysia nafi salur bantuan pada Israel

“Pasukan khas sudah diwujudkan di peringkat Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC), peringkat negeri dan daerah bagi memantau pesakit yang dirawat di rumah,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Adham meminta orang ramai yang dikesan positif Covid-19, supaya pergi ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di daerah masing-masing bagi mengelak kesesakan di sesuatu tempat.



“Saya juga sudah mengarahkan supaya jumlah petugas CAC di Stadium Malawati ditambah dan kemungkinan untuk membuka satu lagi CAC yang besar, kita akan ambil maklum nanti tetapi kita perlu memanfaatkan semua CAC yang ada di setiap daerah di Selangor.”

PPV Stadium Titiwangsa ‘kecoh’

 

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT




 

Malaysia sedia hantar ATM ke Palestin – Ismail Sabri

 

 

 

 

 

 


Sebaran :


Leave a Reply