Adun Taman Medan positif Covid-19



Sebaran :

Adun Taman Medan, Syamsul Firdaus Mohamed Supri diuji positif Covid-19 walaupun telah menjalani suntikan vaksin.

Ketika dihubungi hari ini, Adun PKR itu berkata dia telah menjalani ujian semalam setelah merasa tidak sihat semasa cuti Hari Raya Aidilfitri lalu.

Syamsul dimaklumkan mengenai keputusan yang mengesahkan dia positif hari ini.



“Semasa Raya, saya demam, batuk, dan selesema. Hari ini saya rasa lebih baik berbanding Raya.

“Isteri saya, ibu mentua, dan dua anak saya juga positif; kami tinggal di rumah yang sama. Tolong doakan kami sembuh,”

Syamsul kini menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu arahan lanjut dari Kementerian Kesihatan.



Dia juga menyatakan kebingungan kerana merupakan antara wakil rakyat yang menerima vaksin semasa fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Ini sebab mengapa ‘Varian Baru Covid-19’ amat membimbangkan

Katanya, dia menerima dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech pada 10 Mac dan dos kedua pada 31 Mac lalu.

Vaksinasi dianggap lengkap dua minggu selepas dos kedua diterima.



“Saya juga ingin bertanya kepada kerajaan: Mengapa saya masih dijangkiti Covid-19 setelah vaksinasi?” katanya.

Untuk rekod, Ketua Pengarah kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini berkat individu yang sudah menerima dos lengkap vaksin Covid-19, masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Dia berkata perkembangan semasa kebelakangan ini menunjukkan varian baru virus SARS-CoV-2 muncul di luar negara.



Vaksin Pfizer-BioNTech dilapor terbukti 95 peratus berkesan dalam mencegah gejala Covid-19 dalam ujian klinikal terhadap varian koronavirus yang awal.

Berbanding varian B.1.315 yang pertama kali dikesan di Afrika Selatan dan kini menular di Malaysia, sebuah kajian di Qatar mendapati ia berkesan 75 peratus.

Dalam kedua-dua kajian tersebut, vaksin ini juga mencegah gejala penyakit teruk dan kematian yang disebabkan oleh penyakit ini.



 

Covid-19: 4,865 kes baru dan 47 kematian


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT

 


Lantang pejuang isu Palestin, Heliza dapat amaran IG

 


Sebaran :


Leave a Reply