Isteri curang ditangkap khalwat

Isteri curang ditangkap khalwat

Melaka: Tergamak mengaku sudah bercerai sejak empat tahun lalu sedangkan dirinya masih berstatus isteri orang.

Itu alasan diberi wanita ketika dicekup penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kerana disyaki berkhalwat dengan suami orang di hotel di Ujong Pasir, dekat sini, tengah malam tadi.

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, helah wanita berusia 37 tahun itu terbongkar selepas pemeriksaan nombor kad pengenalannya menunjukkan dia belum bercerai.

Menurutnya dalam serbuan 12.40 tengah malam itu, wanita terbabit mendakwa sudah bercerai empat tahun lalu manakala pasangannya berusia 40 tahun mengaku sudah berkahwin namun dalam proses perceraian.

“Dia pada mulanya mendakwa teman lelakinya itu hanya datang melawatnya di situ. Malah, lelaki itu cuba keluar dari bilik hotel apabila menyedari kehadiran penguat kuasa JAIM.

“Namun, kecekapan penguatkuasa meminta dia pulang ke biliknya sebelum mendapati seorang wanita berada di dalam dan apabila ditanya kedua-dua mereka gagal mengemukakan dokumen pernikahan,” katanya selepas mengetuai operasi yang turut disertai Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama Negeri, Akmal Nadzim Abdullah.

Che Sukri berkata, mereka antara enam pasangan kekasih berusia 20 hingga 40 tahun yang ditahan.

Menurutnya, turut ditahan adalah graduan universiti berasal dari Mantin, Negeri Sembilan bersama pasangan wanita berusia 26 tahun.

Katanya, lelaki berusia 22 tahun itu memberi alasan mahu berehat di hotel bersama rakan wanitanya selepas mengambil jubah konvokesyen yang dijadualkan Selasa ini.

“Ketika pintu bilik diketuk pada 1 pagi, wanita berasal dari Gombak, Selangor itu pada mulanya mendakwa menginap di hotel itu bersama rakan wanitanya.

“Namun pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki bersembunyi di bawah selimut dengan hanya memakai seluar pendek.

“Apabila disoal, lelaki itu mengaku menginap di situ untuk menyelesaikan beberapa perkara selepas mengambil jubah konvokesyennya, dan kedua-dua mereka juga gagal mengemukakan dokumen pernikahan,” katanya.

Semua enam pasangan itu dibawa ke pejabat JAIM untuk siasatan mengikut Seksyen 53 (1) dan (2) Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991. HM

Isteri curang ditangkap khalwat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perlantikan kabinet, Annuar Musa kini ‘bertukar nada’

Bila Formula Rafizi Akan Mula Dilaksanakan?

Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker