Selepas menang, pemain Leicester City kibar bendera Palestine


LONDON – Dua bintang Leicester City, Hamza Choudhury dan Wesley Fofana mengibarkan bendera Palestin selepas menjulang Piala FA bersama the Foxes selepas menewaskan Chelsea awal pagi tadi di Stadium Wembley.

Ia sebagai tanda solidiri terhadap kekejaman ke atas rakyat Palestin daripada rejim Israel semasa sambutan Hari Lebaran.

Ia merupakan piala pertama dalam tempoh 137 tahun dimenangi the Foxes. hasil rembatan jauh Youri Tielemans sekaligus gol penyamaan Chelsea ditolak sistem VAR.

Kedua-dua pemain itu memegang bendera Palestin sambil berjalan mengelilingi padang di hadapan lebih 20,000 penyokong yang meraikan mereka di Wembley malam semalam.



Justeru, Choudhury menyarung badan dengan bendera Palestin sambil mengutip pingat Piala FA yang diberikan dalam majlis di tepi padang.

Choudhury mengutip pingat PIala FA dengan memakai bendera Palestin di badannya sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin yang dibedil dengan bom di Gaza oleh Israel.
Semasa mesej meraikan kemenangan itu, kedua-dua pemain itu kelihatan memegang bendera Palestin.

Pemain itu mendakwa ia adalah tanda solidaritinya kepada rakyat Palestin yang menderita akibat kekejaman rejim Israel dengan peluru berpandu memusnahkan harta benda dan nyawa kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa semasa sambutan Eid Mubarak.

Sekurang-kurangnya 126 rakyat Palestin terbunuh di Gaza termasuk 31 kanak-kanak dan 20 wanita.



Beberapa bintang sukan memuat naik mesej menyokong rakyat Palestin dengan pemain tengah Arsenal menciap dalam twitternya “Sokongan dan hati saya sentiasa bersama rakyat Palestin”.


Penaja Arsenal desak penjelasan status pemain Gunners

LONDON – Salah satu penaja Arsenal, Lavazza Group mahu menghubungi pengurusan besar the Gunners untuk mendapatkan penjelasan mengenai status posting pro-Palestin daripada pemainnya, Mohamed Elneny.

Awal minggu ini, Perancang Tengah Arsenal menyatakan sokongan tanda solidaritinya kepada rakyat Palestin yang terbunuh akibat pembedilan rejim Israel di Gaza akibat konflik.



Pemain itu menunjukkan solidaritinya dengan memuat naik beberapa keping gambar berkaitan Palestin dalam akaun Instagram dan Twitter peribadinya.

Tindakan itu mengundang kesan daripada salah sebuah syarikat penaja kelab Emirates itu.

Bersama gambar Masjid Al-Aqsa di Jeruselam, Elneny menulis: “Hati dan sokongan saya sentiasa bersama rakyat Palestin.”

“Palestin Lives Matter’ juga tertulis di bawah salah satu gambar yang dikongsi Elneny.



Namun Lavazza Group yang merupakan rakan penaja kopi kelab itu sejak tahun 2018 mendakwa posting Elneny tidak selari dengan kerjasama yang terjalin antara pihaknya dengan kelab England itu.

“Kandungan ciapan itu tidak selari dengan nilai syarikat kami dan Lavazza komited sepenuhnya terhadap Rasism dan antisemitism,” dakwanya.

Sementara itu, Arsenal berjanji pihaknya akan bercakap dengan Elneny supaya pemain itu akan memahami implikasi rentetan posting tersebut.

“Mana-mana pemain dan kakitangan kami berhak menyuarakan pandangan mereka dalam platform peribadi mereka tapi kami juga akan duduk bercakap dengan Elneny supaya dia memahami implikasinya.



“Sebagai kelab the Gunners komited melawan sebarang bentuk diskriminasi dan akan terus menjuarai isu kesaksamaan dan kepelbagaian dalam semua aspek kehidupan,” jelas jurucakap itu. MG

Isytiharkan Israel sebagai negara apartheid – Khaled



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker