Jakim adakan solat hajat khusus buat Palestin selepas Maghrib esok

Jabatan Agama Islam Negeri seluruh negara diajak sahut saranan solat hajat

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan solat hajat khusus buat Palestin melalui tiga buah masjid utama iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata, solat hajat itu akan diadakan serentak selepas solat Maghrib, esok (17 Mei).

Katanya, ia dianjurkan sebagai menyahut titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang menyeru umat Islam di negara ini menunaikan solat hajat bagi mendoakan umat Islam di Palestin. 

Solidariti rentas agama, kaum bantu Palestin – MBM

Pada masa sama, Jakim akan turut memanjangkan cadangan ini bagi memohon kerjasama pihak Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri seluruh Malaysia untuk sama-sama menyahut saranan bagi mengadakan solat hajat dan mendoakan Palestin menerusi masjid-masjid atau surau di seluruh negara dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.

“Jakim turut menyeru seluruh lapisan masyarakat untuk menzahirkan solidariti terhadap Palestin dan menyokong usaha-usaha yang dilakukan oleh semua dalam membantu Palestin. 

“Semoga usaha yang dilakukan ini sedikit sebanyak dapat meringankan kesengsaraan dan sebagai tanda sokongan moral buat Palestin,” katanya.

Penyelesaian dua negara: Muhyiddin khianat rakyat Palestin


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Dengan segala kelonggaran, sebenarnya kita buat PKP ini untuk apa? – Najib Razak

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker