Nabil tolak tawaran ratusan ribu

Nabil tolak tawaran ratusan ribu

Pengacara Nabil Ahmad mendedahkan menolak tawaran bergelar duta jenama pakaian terkenal berjumlah ratusan ribu dan kekal setia dengan jenama sama buat tahun kesembilan.

Nabil atau nama sebenarnya, Ahmad Nabil Ahmad, 40, berkata wang ringgit bukanlah keutamaan dan tidak bergelap mata meskipun tawaran diterimanya tinggi.

“Ada jenama menawarkan saya ratusan ribu ringgit, tapi saya tolak. Ia kerana kesetiaan.

“Saya masih ingat ketika tengah tiada ‘job’ pada fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hidup saya huru-hara, satu-satunya klien yang telefon minta saya buat video adalah Jakel.

“Jadi, saya memang ingat sangatlah. Tak bolehlah saya nak sebut jenama tawarkan bayaran lumayan. Banyak yang ditawar, tapi tidaklah sampai berjuta.

“Ayat dia macam ini, berapa jenama itu bayar kau, aku bayar ‘double’. Kemudian, saya beritahu sekiranya jenama itu sanggup bayar ‘double’, pihak berkenaan sanggup bayar ‘triple’.

“Bagi saya, ia nampak seperti nak berlawan. Mereka bukan mahukan saya sangat, cuma nak berlawan tunjuk boleh beli saya.

“Di situ pula kita kena tunjuk nilai kita. Mungkin orang lain boleh gelap mata dengan nilai ditawarkan, tapi saya tidak,” katanya kepada BH Online.

Nabil ditemui pada sidang media majlis pelancaran kempen Raya Sakan 2024 di Jakel Mall, di sini, pagi tadi.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Feroz Mohamed Jakel.

Nabil berkata, dia tidak menyesal dengan keputusannya.

“Saya tak menyesal, sebab saya rasa tiada cara lain untuk saya membalas budi dan beritahu saya setia di sini.

“Sebab kadang-kadang kalau tiada ‘job’ saya risik dengan pihak sini, kalau ada kerja yang saya boleh buat.

“Saya letakkan kesetiaan, bukan saya letak nilai pada duit semata-mata. Macam jenama ini beri saya pakaian Hari Raya selama sembilan tahun, bukan saya sahaja, tapi keluarga termasuk orang tua.

“Jadi, di mana saya mahu balas jasanya? Kesetiaan itu paling penting, ia bukan pada wang ringgit sebab saya bukan mata duitan,” katanya.

Nabil berkongsi, perkara itu selepas ditanya kesetiaannya bersama jenama berkenaan buat tahun kesembilan.

Gedung tekstil, Jakel melancarkan kempen Raya Sakan 2024 bagi menawarkan pakaian dan kelengkapan bagi persiapan sempena Aidilfitri, selama sebulan bermula hari ini. BH

Nabil tolak tawaran ratusan ribu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rayuan jangan boikot Starbucks, netizen ‘sekolahkan’ Vincent Tan

Toshiba bakal muflis?

Ajai tolak berduet dengan Nourul, dah tak ada rasa katanya,

Elly menggigil dicabul ustaz

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker