RTM diarah siasat berita Mandarin

RTM diarah siasat berita Mandarin didakwa gelar Hamas ‘militan'

KUALA LUMPUR: RTM diarah siasat berita Mandarin didakwa gelar Hamas ‘militan’. Pihak pengurusan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) diarah menjalankan siasatan lengkap berhubung dakwaan satu laporan berita berbahasa Mandarin di saluran televisyen berkenaan yang menggelar Hamas “militan”.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata Editor Meja Mandarin dan Ketua Editor Berita Mandarin dipanggil memberikan penjelasan, manakala pegawai terlibat juga dikenakan surat tunjuk sebab.

“Seksyen Berita Hal Ehwal Semasa juga telah diminta mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) tugasan Bilik Berita khususnya dalam penyuntingan dan penerbitan berita TV untuk memastikan kesilapan serupa tidak berulang di masa hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Istilah berkenaan didakwa digunakan dalam pelaporan berita berbahasa Mandarin di TV2 RTM, semalam berkaitan serangan udara Israel terhadap Palestin.

Permohonan maaf secara terbuka mengenainya dalam siaran berita untuk pembetulan telah disiarkan dalam Berita Tengah Hari pada 1 tengah hari dan Berita Mandarin pada 7 malam hari yang sama.

Saifuddin berkata RTM peka tentang situasi yang berlaku dan sentiasa teguh menyokong pendirian Malaysia dan aspirasi rakyat berhubung konflik yang melanda dan mendukung kedaulatan serta kebebasan Palestin.

“RTM akan terus berusaha dalam menambah baik kualiti penyampaian berita dari semasa ke semasa,” katanya. FMT

RTM diarah siasat berita Mandarin didakwa gelar Hamas ‘militan’


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


BIADAP! Berita Mandarin RTM gelar Hamas militan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker