Kenapa tiba-tiba mahu jual LTSAAS Subang

Kenapa tiba-tiba mahu jual LTSAAS Subang
LTSAAS Subang. Kenapa tiba-tiba mahu jual? Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (NUFAM) menyokong bantahan terhadap pengambilan alih Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (LTSAAS Subang) oleh syarikat swasta.

Jika urus niaga dipersetujui, besar kemungkinan ramai pekerja akan terjejas.

Kementerian Pengangkutan (MOT) harus berhati hati dengan cadangan ini dan jangan cuba menjejaskan masa depan pekerja Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang telah lama berlhidmat demi pembangunan industri dan ekonomi negara.

”Kerajaan hari ini harus mengambil sikap berhati-hati dan harus berbincang dengan semua pihak yang terlibat termasuk Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysia Airports Berhad Semenanjung (Kesma). Segala cadangan jual beli aset syarikat harus dimaklum kepada kesatuan sekerja.

”Sebagai rakan kesatuan dengan Kesma yang telah lama berusaha untuk menyuara dan menjaga kebajikan pekerja syarikat lapangan terbang, NUFAM menyokong penuh bantahan kesatuan Kesma terhadap penjualan aset LTSAAS kepada pihak luar.

”NUFAM amat memahami masalah yang bakal berdepan dengan pekerja di MAHB,” kata Sekretariat NUFAM di sini.

NUFAM turut mempersoalkan mengapa perlu menjual aset yang telah dikendalikan dengan baik oleh MAHB, malah selama ini tidak ada masalah pun bagi pihak pengendali lapangan terbang itu untuk terus menguruskan LTSAAS.

“Kenapa tiba-tiba hendak jual kepada pihak luar yang juga tiada kaitan langsung dengan industri penerbangan. Mengapa pula tiba-tiba hendak menjual aset yang telah lama dikendalikan oleh MAHB?,” soal NUFAM lagi.

Jelasnya, MAHB mempunyai ramai kakitangan yang mengendali dan menguruskan lapaangan terbang itu dan jika ia diambil alih oleh pihak lain sudah tentu masa depan mereka sukar diramalkan, tambahan pula dalam situasi pandemik Covid-19.

Paling NUFAM bimbang ialah pemberhentian kakitangan di lapangan terbang tersebut.

Sehubungan itu, NUFAM mengesa kerajaan hari ini menghentikan sebarang cadangan penjualan aset nasional seperti LTSAAS kerana beribu-ribu rakyat akan hilang pendapatan mereka. MG


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT

Jangan benar lapangan terbang Subang diambil alih, kata MAHB

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker