Ini dah tahun 2021- Najib sekolahkan Saifuddin



Sebaran :

Ini dah tahun 2021- Najib sekolahkan Saifuddin

Najib sekolahkan Saifuddin. Najib Razak membidas Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah berhubung pengumumannya bahawa bersempena dengan sambutan Aidilfitri, syarikat telekomunikasi tempatan menyediakan panggilan percuma ke semua rangkaian dalam negara mulai 10 malam semalam hingga 10 pagi tadi.

“Kebanyakan plan sudah temasuk panggilan tidak terhad. Dah lama unlimited call.

“Ramai juga sudah beralih ke video call pada masa perayaan.



“Sebab itu, saya rasa ia lebih bermakna untuk juga memberi data percuma bagi tempoh tiga hari pertama Hari Raya supaya pengguna boleh buat video call dan juga untuk menggalakkan orang ramai duduk di rumah untuk elak melanggar larangan kerajaan membuat lawatan raya berbanding tawaran panggilan biasa percuma tengah malam sahaja.

“Harap menteri dan telco-telco yang untung berbilion-bilion pertimbangkan.

“Ini dah tahun 2021,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.



Semalam, Saifuddin berkata, kemudahan yang digerakkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) itu dapat dinikmati oleh semua pelanggan perkhidmatan syarikat telekomunikasi iaitu Celcom, Digi, Maxis, REDtone, TM Unifi, TIME dotCom, Tune Talk, U Mobile, Yoodo dan YES.mengatakan bahawa kemudahan yang digerakkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dapat dinikmati oleh semua pelanggan Celcom, Digi, Maxis, REDtone, TM Unifi, TIME dotCom, Tune Talk, U Mobile , Yoodo dan YA.

“Setiap penyedia perkhidmatan akan memberikan tawaran panggilan percuma ini tertakluk kepada terma dan syarat masing-masing. Para pelanggan dinasihati untuk menghubungi penyedia perkhidmatan masing-masing bagi sebarang pertanyaan tentang tawaran perkhidmatan ini,” kata menteri Bersatu itu.

Menurut Saifuddin, kemudahan itu diharapkan dapat membantu rakyat Malaysia untuk saling berhubung dan mengeratkan silaturahim dengan keluarga tersayang serta rakan taulan walaupun aktiviti ziarah dan kunjung-mengunjung tidak dibenarkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa mulai semalam hingga 7 Jun depan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19. Mk



Najib sekolahkan Saifuddin


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Saya amat kesal, saya rasa bersalah – Najib Razak


Sebaran :


Leave a Reply