Saya Penyanyi Nombor Satu – Aliff Syukri

Saya Penyanyi Nombor Satu – Aliff Syukri. Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri tidak menyangka lagu nyanyiannya yang berjudul Lala Raya mendapat sambutan hangat sehingga meraih lebih 1.6 juta tontonan sejak dilancarkan minggu lalu.

Memetik laporan Kosmo! Online, bagaimanapun usahawan berusia 34 tahun itu tidak mengambil kisah mengenai kritikan orang ramai yang mempersoalkan tentang kualiti video muzik dan kemampuan vokalnya.

“Saya bukan penyanyi profesional, saya hanya mahu jadi seorang penghibur. Mereka yang kutuk-kutuk saya tetap menonton video muzik tersebut sehingga berjaya cecah satu juta tontonan.

“Biarlah nak kecam atau kutuk, asalkan orang sudah pilih lagu raya dan saya sendiri sebagai penyanyi nombor satu dalam Malaysia,” katanya.

[VIDEO] “Macam Kereta Habis Brek”-Bonda Rozita Komen Suara Nyanyian Aliff Syukri Memang Tak Sedap 😂😂

“Sebenarnya tak sangka Lala Raya trending nombor satu dalam YouTube sebab tahun ini ramai artis yang buat lagu raya.

“Walaupun stesen radio dan televisyen tidak memainkan lagu saya, tidak mengapa sebab berjuta orang yang suka dengan Lala Raya,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Menjawab tohmahan netizen yang mempertikaikan kualiti video muzik dan vokalnya, pelakon filem Badang itu enggan mengambil pusing semua kritikan yang dilemparkan terhadapnya.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan seorang pereka fesyen yang mengkritiknya, Aliff mempersoalkan mengapa lagunya yang menjadi pilihan untuk dikomen.

“Dalam banyak-banyak lagu, mengapa lagu saya yang dikritik. Maknanya dia cemburu dengan saya.

“Malas hendak komen banyak sebab saya tengah gembira lagu saya paling popular sekarang,” katanya lagi.

Tambah bapa kepada enam orang cahaya mata itu, impak daripada populariti lagu tersebut, dia menerima tawaran untuk menjadi duta kepada sebuah jenama kerusi urut terkenal, Gintell Malaysia.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama single Aliff dikritik kerana sebelum ini lagunya Bobo Dimana dan Abang Nak Tegur turut menerima kecaman ramai.

Setakat ini, video muzik berdurasi empat minit 29 saat itu masih trending nombor satu di saluran YouTube dengan menerima 60,000 tanda suka serta 41,000 ‘dislikes’.

Tonton video muzik penuh:

Sumber: Kosmo! Online (Nur Emira Saizali) , YouTube TV Terlajak Laris

Ada Orang Puji Datuk Seri Aliff Syukri Penyanyi Nombor 1, Sekali Apa Yang Zizan Razak Komen Buat Aliff Kecewa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker