Warga Thai Mengaku Gosok Kemaluan Depan Wanita



Sebaran :

Warga Thai Mengaku Gosok Kemaluan Depan Wanita

KOTA BHARU – Seorang lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menggosok kemaluannya di hadapan seorang wanita bulan lalu.

Tertuduh, Mr. Abdulloh Wae-Samaae,30, mengangguk faham dan mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Ibrahim Nohammad Ghulam.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga merupakan orang kelainan upaya (OKU) bisu didakwa membuat isyarat mengaibkan kehormatan dengan cara menggosok kemaluan di hadapan seorang wanita yang berusia 24 tahun.



Kesalahan itu dilakukan di tepi jalan di Lorong Limau Manis di sini kira-kira pukul 9.25 pagi pada 27 April lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Siti Aisyah Abdul Manah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.



Bagaimanapun, fakta dan hukuman terhadap tertuduh akan ditetapkan pada 30 Mei depan.

Terdahulu, Mr. Abdulloh hanya menganggukkan kepala sebagai tanda memahami pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Tertuduh yang hanya bisu dan tidak pekak turut menunjukkan isyarat tangan bahawa dia ingin pulang ke rumah.



Bagaimanapun, mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan sementara menunggu tarikh hukuman.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, seorang lelaki mengayuh basikal sebelum menghampiri seorang wanita yang berada di dalam kereta di kawasan berkenaan.

Mangsa telah memberi wang sebanyak RM1 kepada lelaki terbabit yang dilihat seperti OKU atau pengemis sebelum suspek membuka zip seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada wanita itu. – K! ONLINE



Warga Thai Mengaku Gosok Kemaluan Depan Wanita


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Syed Saddiq didakwa berborak lucah dengan pelajar di WhatsApp


Sebaran :


Leave a Reply