Wan Saiful Bidas Mahathir, Move On lah !

Wan Saiful Bidas Mahathir, Move On lah !

Wan Saiful Bidas Mahathir, Move On lah !

PETALING JAYA: Bersatu menolak dakwaan Dr Mahathir Mohamad terdapat pemimpinnya yang bersedia meninggalkan parti itu untuk kembali bersama kumpulan bekas perdana menteri itu, jika ditawar imbuhan lebih lumayan.

Ketua Penerangannya, Wan Saiful Wan Jan meminta Mahathir berhenti menjadi jurucakap soal dalaman Bersatu kerana lebih baik beliau terus bercakap mengenai keunikan Pejuang yang diketuainya, jika benar parti serpihan itu mahu mengangkat agenda rakyat.



“Saya tak pernah dengar isu ini (pemimpin mahu lompat) dalam Bersatu, jadi saya rasa cerita-cerita begini sengaja dibuat untuk menarik perhatian kepada sebuah parti serpihan (Pejuang) yang tidak berjaya menarik perhatian sesiapa setakat ini,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Pejuang boleh memperjuangkan agenda unik dan “tak payahlah asyik bercerita mengenai rumah lama sehingga nampak seolah-olah belum dapat ‘move on’ lagi”.


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT




 

 

Darurat dah 4 bulan, apa sudah jadi dengan 2 angka kes Covid-19, soal Najib



Katanya, Bersatu terbuka menerima sesiapa yang sedia mendokong prinsip parti itu dan ia tidak menawarkan imbuhan kepada mana-mana pihak untuk menyertainya.

“Saya perlu tegaskan tidak logik jika ada tuduhan bahawa ada sesiapa yang menawarkan apa-apa imbuhan kepada Mahathir dalam hal ini.”

Terdahulu, bekas pengerusi Bersatu itu mendakwa terdapat kalangan pemimpin Bersatu menawarkan diri untuk “lompat” ke Pejuang, jika ia boleh “menandingi” imbuhan sehingga RM70,000 sebulan yang diterima mereka ketika ini.

Penasihat Pejuang itu berkata, pemimpin Bersatu berkenaan masih bersama parti itu kerana mementingkan wang, walaupun menyedari Muhyiddin Yassin hanya mampu bertahan sebagai perdana menteri sehingga pilihan raya umum ke-15.



 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Musa cadang menteri diberi kursus bidang tugas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker