Tanah rizab Melayu bertambah di Perak

Tanah rizab Melayu bertambah di Perak

Kerajaan negeri menafikan pewartaan tanah rizab Melayu kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) ialah tanah yang diganti daripada tanah kawasan lain yang dibatalkan.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata pewartaan itu tanah baru bagi menambah keluasan tanah rezab Melayu di negeri ini, mencapai sasaran.



“Itu bukan ganti. Yang kita katakan bagi tanah kepada MAIPk, selain untuk Rancangan Perkampungan Tersusun dan Rancangan Pertanian Berkelompok, itu bagi menambah keluasan tanah rezab Melayu.

“Untuk tanah yang status tanah rezab Melayu diganti, katakan jika satu projek pembangunan dibuat di atas tanah rezab Melayu seluas 100 hektar, kita akan ganti juga dengan 100 hektar di tempat lain,” katanya di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Tanah dan Galian, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip.

Saarani berkata demikian ketika ditanya mengenai isu dibangkitkan oleh Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak, Datuk Asmuni Awi, bulan lalu yang berkata, tiada makna jika pewartaan tanah rezab Melayu yang digantikan meliputi tanah untuk mendirikan prasarana berkaitan keagamaan seperti masjid, sekolah agama dan tapak kubur.



Saarani berkata, kerajaan Perak menambah 2,409 hektar lagi kawasan membabitkan tanah kerajaan yang berpotensi untuk dimajukan. BH

Tanah rizab Melayu bertambah di Perak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Noh Salleh buka mulut selepas Mizz Nina kahwin lain

Ramai bimbang Alif Satar berguru dengan dua agamawan ini



Zul Ariffin jadi Mutawif? (Video)

Cebisan mayat berselerak



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker