[VIDEO] Itu Makanan Kucing?-Netizen.. Pekerja Kongsi Rupa Sebenar Makanan Subway Di TikTok

Pernah tak kamu terfikir atau bayangkan bagaimana rupa sebenar makanan kamu sebelum diproses dan dijual?

Entri kali ini Wanista nak kongsi dengan kamu mengenai makanan daripada Subway yang seakan-akan seperti ‘makanan kucing’.

Dikongsi oleh pekerja Subway sendiri, @travis2official._ telah memuat naik sebuah video pendek mengenai bagaimana mereka menyediakan Subway steak dan tuna.



Lihat Perkongsian Di Bawah:-

Tak pernah bayang rupa makanan sebelum diproses seperti ini 

Melalui akaun TikTok milik Travis, dia telah menunjukkan cara untuk menyediakan beberapa bahan mentah sebelum ianya dijual kepada pelanggan Subway.

Yang menarik perhatian dan menjadi viral adalah bahan mentah stik dan tuna.

#Cara sediakan bahan stik 

Menerusi video yang dikongsi, Travis telah mengeluarkan satu bungkusan besar yang mengandungi bahan berwarna coklat pucat.

Foto – @travis2official._ (TikTok)

Kemudian, dia memasukkan bahan tersebut di dalam sebuah bekas besar dan menghancurkannya menggunakan tangan.



Foto – @travis2official._ (TikTok)

#Cara sediakan bahan tuna mayo

Pada video kedua yang dikongsi, Travis menunjukkan satu bungkusan besar yang mengandungi flaked tuna yang kering dan meletakkannya ke dalam sebuah bekas.

Foto – @travis2official._ (TikTok)

Melihat Travis yang cuba menghidu tuna tersebut, ianya nampak seperti tidak menyelerakan.

Foto – @travis2official._ (TikTok)

Selepas itu untuk melembapkan tuna pula, dia mencampurkannya dengan sebungkus besar mayonis dan Travis menggaul bahan tersebut menggunakan tangan.

LIHAT VIDEO DIBAWAH:-

[videopress Fuwz4GXk]

Ramai yang tak boleh terima kenyataan 

Kedua-dua video yang dilihat lebih daripada 8 juta itu telah membuatkan ramai orang tidak boleh menerimanya dan berharap mereka tidak melihatnya.



“Pekerja Subway perlu berhenti post sebegini. Saya tidak mahu tahu apa di dalamnya.”

“Nampak seperti makanan anjing”

“Saya bekerja di Subway dan saya boleh buktikan hal ini. Subway saya pernah menjual bologna yang sudah 6 bulan.”

“Itu bukan stik, itu adalah makanan kucing”

Bagi pandangan penulis, situasi ini adalah normal kerana Subway merupakan salah satu francais fast-food yang terkenal.

Dan pada masa yang sama, kebanyakan makanan di dalam tin yang dijual di pasaraya juga berbentuk sebegitu.

Bagi kamu pula, sebaik sahaja melihat video yang dikongsi oleh pekerja Subway ini, adakah kamu mahu membelinya selepas ini? – WN

Sumber: Metro.Co.UK



Burger Viral RM460 , Berak Keluar Emas Ke?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker