Isu SOP: Nurin Afiqah Nafi Pergunakan Anak Yatim, Hantar ‘Letter Of Demand’ LOD Kepada Caprice

Manakala Caprice Ambil Tindakan Saman Terhadap Nurin Afiqah

Nama personaliti media sosial yang juga pelakon baharu, Nurin Afiqah menjadi tumpuan di media sosial sejak beberapa hari lalu selepas dia dikatakan telah mempergunakan anak-anak yatim untuk tujuan promosi produk. Malah dia juga didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 berlangsung baru-baru ini.

Dakwa Difitnah Caprice

Selepas teruk dikecam oleh netizen dan penyanyi rap Caprice, Nurin tampil menjelaskan keadaan sebenar. Menerusi hantaran di laman Instagram nya, pemilik nama sebenar Nurin Afiqah Zulkifli ini menegaskan tuduhan yang dilemparkan oleh Caprice adalah fitnah. Malah dia turut menafikan bahawa dia sengaja mengajak anak-anak yatim serta rakan-rakan artis lain bergambar untuk tujuan mempromosikan produknya.

“Salam semua. Info tentang isu yang viral.Nurin dah keluarkan statement minta maaf di Twitter pada 30 April 2021 about gambar yang viral. Sebab taknak panjangkan isu ini lagi, jadi Nurin diamkan diri dan tunggu panggilan polis.

Nurin juga dah call dan juga menjawab panggilan Caprice selama beberapa hari (30 April – 2 May) to give Caprice the updates on this case and how Nurin sedang berusaha nak selesaikan dengan cara yang betul.

Nurin juga dah beri keterangan kepada pihak polis secepat mungkin on 2nd May and dah bagitahu Caprice yang Nurin dah bekerjasama dengan pihak polis.

Tapi Caprice masih memaksa Nurin untuk keluarkan statement yang Nurin tarik keluar anak yatim dan rakan artis lain dari dalam dewan ke luar dewan untuk ambil gambar walhal benda tu tak betul. For your information, walaupun Nurin ialah salah seorang sponsor event tersebut, Nurin memang tak “tarik keluar” anak yatim dan rakan artis lain. Nurin dah nafikan benda ni dekat Caprice sebab Nurin cakap benda ni tak betul. Tapi Caprice masih tak nak terima. Sekian, terima kasih” tulis Nurin

Saling Berbalas Komen Di Instagram

Namun kenyataan itu dinafikan oleh Capricre menerusi ruangan komen. Dakwa Caprice, Nurin hanya menghubunginya selepas kes tersebut tular dan mendapat perhatian media dan pihak polis. Bagaimanapun, ruangan komen hantaran tersebut menjadi tegang apabila kedua-duanya saling berbalas komen mempertahankan diri mengenai isu yang terjadi.



Dalam perkembangan berkaitan, memetik laporan Astro Gempak, difahamkan Nurin mengaku salah dan mendedahkan dia sudah dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 disebabkan kesalahannya tidak memakai pelitup separuh muka ketika sesi bergambar.

Hantar Tuntutan Pada Caprice

Susulan tohmahan yang dilemparkan, Nurin juga mengaku pihaknya menerusi peguam sudah menghantar ‘letter of demand’ (LOD) kepada Caprice pada Khamis. Manakala, pihak Caprice pula meneruskan tindakan saman terhadap pelakon ini.’-Murai

“Sekarang ini dah jatuh kes fitnah. Reputasi saya dah terjejas. Saya diberitahu LOD sudah sampai ke pejabat Caprice.
“Kita tunggu sama ada tuntutan yang diminta itu dituruti atau tidak. Antara tuntutannya adalah meminta Caprice menarik semula kenyataan yang dilemparkan sebelum ini.
“Namun jika gagal, saya akan teruskan dengan mengambil tindakan undang-undang selanjutnya. Caprice ada bagitau yang dia juga nak saman saya.. namun setakat hari ini, saya belum menerima apa-apa,” katanya seperti dilaporkan portal berkenaan.

Caprice Mahu Instafamous Ini Bertanggungjawab Kerana Anaiya Artis-artis & Anak Yatim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker