Pemain memberontak, boikot latihan

IPOH: Isu gaji lewat terus mencengkam pemain Perak FC hingga bertindak memboikot latihan di Stadium Perak, malam ini.

Latihan yang sepatutnya bermula pukul 10 malam sebaliknya bertukar menjadi sesi perbincangan antara Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab, Rizal Ali Naiz Ali.

Menurut sumber, antara isu dibangkitkan ialah kelewatan pembayaran gaji serta pemain mahu meninggalkan pasukan.

Sumber itu berkata, penjelasan Rizal berjaya meredakan ketegangan dan harapan untuk mengatasi kemelut cerah sekali.

“Perbincangan antara pengurusan dan pemain akan bersambung hari ini dan tanda-tanda jalan penyelesaian ditemui cerah sekali lagi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sumber itu menyifatkan kejadian yang berlaku sebagai satu detik hitam dalam sejarah bola sepak Perak.

Pemain Kedah dan JDT bertempur lagi, apa sudah jadi?

“Seingat saya belum pernah berlaku pemberontakkan dalam kalangan pemain sebelum ini.

“Saya juga hairan kerana kehadiran yang ramai termasuk pihak media elektronik dari Kuala Lumpur yang seolah-olah sudah ‘menghidu’ akan berlaku insiden malam ini.

Dalam suasana kalut itu ada pihak menangguk di air keruh dengan mengibarkan bendera Perak separuh tiang.

“Tidak tahu siapa yang buat tetapi ia nyata tindakan tidak cerdik kerana melambangkan berkabung akibat kematian,” kata sumber itu lagi. – UTUSAN

TMJ mahu jumpa pengurusan sekolah asing sukan ikut kaum esok

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker