Serpihan 18 tan timpa Bumi hujung minggu ini

Serpihan 18 tan timpa Bumi hujung minggu ini
Serpihan roket Long March-5b dijangka akan jatuh ke Bumi. -Xinhua

WASHINGTON – Serpihan 18 tan timpa Bumi hujung minggu ini. Serpihan daripada sebuah roket China dijangka jatuh ke Bumi dalam kemasukan semula  luar kawal pada hujung minggu ini.

Segmen utama roket Long March-5b digunakan untuk melancarkan modul pertama stesen angkasa lepas China yang baharu pada bulan lalu.

Memiliki berat 18 tan,  serpihan itu adalah antara benda paling besar pernah menjunam ke dalam atmosfera sejak beberapa dekad lalu.

Semalam, Amerika Syarikat menyatakan bahawa pihaknya memantau rapi laluan objek tersebut.

Washington bagaimanapun tidak mempunyai rancangan untuk menembak serpihan tersebut.-  Agensi

 


Artikel Berkaitan :

Layari FB MyKMU


 

[VIDEO] Lelaki Kebal Spray Baygon Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker