Instagram Jocelyn Chia kembali aktif, tiada permohonan maaf

Instagram Jocelyn Chia kembali aktif, tiada permohonan maaf

Akaun Instagram pelawak kelahiran Singapura, Jocelyn Chia kembali aktif selepas digantung, semalam.

Jocelyn bagaimanapun tidak membuat sebarang permohonan maaf kepada rakyat Malaysia yang tersinggung dengan lawak keterlaluan yang dibuat olehnya dalam satu persembahan komedi berdiri, baru-baru ini.

“Khabar angin mengatakan saya padam akaun Instagram ataupun digantung oleh Instagram.

“Sebenarnya akaun ini digantung kerana dikatakan menyamar sebagai selebriti. Siapa selebriti itu? Jawapannya Jocelyn Chia,” tulisnya.

Dalam hantaran berbeza, Jocelyn turut berterima kasih kepada komuniti pelawak yang dipercayai tetap menyokong dirinya.

Bagaimanapun, ruang komen masih ditutup manakala video lawak ‘Singapore vs Malaysia’ yang mendapat kecaman itu juga tidak kelihatan di akaun Instagram tersebut.

Terdahulu, Jocelyn telah membuat beberapa jenaka keterlaluan, salah satunya mengenai kehilangan pesawat Malaysia, MH370, yang didakwa ‘tidak mendarat’ dengan mimik muka mengejek.

Susulan itu, kerajaan Singapura memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas lawak melampau yang dibuat oleh pelawak berkenaan.

Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon dalam satu kenyataan berkata, beliau amat terkejut dengan tindakan pelawak itu dan menegaskan kata-kata atau tindakan Jocelyn sama sekali tidak mencerminkan pandangan Singapura. K Online

Instagram Jocelyn Chia kembali aktif, tiada permohonan maaf

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Putri Ariani Di America’s Got Talent Bikin Meremang (Video)

Saya akan dedahkan apa dihisap Khairy minggu depan – Bung

Artis hamilkan anak orang

Durian duri hitam dijual RM98 1 kilogram di Vietnam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker