Pusingan-U: Senaman di kawasan terbuka PKP dibenarkan

Kerajaan hari ini mengumumkan kelonggaran aktiviti sukan dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 7 ke 20 Mei ini.

Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini telah mempertimbangkan rayuan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengenai prosedur operasi standard (SOP) sektor berkenaan.

“Kelonggaran-Kelonggaran lain bagi sektor sukan dan rekreasi akan diperhalusi dalam Mesyuarat Teknikal MKN seterusnya,” menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook KBS malam ini.

Berdasarkan kelonggaran SOP, aktiviti sukan dan rekreasi yang dilakukan di kawasan terbuka tanpa bersentuhan fizikal seperti joging, berbasikal, senaman dan lain-lain dibenarkan.

Pun begitu, aktiviti berkenaan perlu mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1.5 meter dan dilakukan di kawasan kejiranan atau terhad di mana-mana kawasan dalam daerah yang sama tertakluk kepada arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa.

Campur tangan politik, Syed Hamid Albar bangkit bidas Mantan KPN

Menteri Belia dan Sukan Reezal Merican Naina Merican menyambut baik SOP baru ini dan menyeru para peminat dan penggiat sukan untuk terus melaksanakan aktiviti kecergasan dengan selamat sepanjang tempoh PKP ini.

“Kita masih lagi belum menang dalam melawan penularan Covid-19. Justeru, semua pihak hendaklah memainkan peranan yang lebih berkesan agar pelaksanaan PKP pada kali ini benar-benar mencapai matlamat yang dihasratkan,” katanya.

Terdahulu, ramai pihak menggesa kerajaan mempertimbangkan semula keputusan melarang kegiatan sukan di luar rumah.

Antaranya, Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang yang berkongsi pandangan pakar kesihatan seperti presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Malaysia Dr Steven Chow, dan pakar penyakit berjangkit Dr Adeeba Kamarulzaman yang juga anggota Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sebelum ini, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mempertahankan SOP larangan senaman di kawasan terbuka PKP, berkata keputusan itu dibuat kerajaan setelah “menggunakan semua kaedah dan data saintifik yang diperlukan.”

“Nabi Yang Cakap, Ustaz!”- Suhaimi Bidas Kenyataan Dr Ridhuan Tee, ‘Laungkan’ Sokongan Buat TokTi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker