“Nabi Yang Cakap, Ustaz!”- Suhaimi Bidas Kenyataan Dr Ridhuan Tee, ‘Laungkan’ Sokongan Buat TokTi

Semalam heboh apabila Prof Dr Mohd. Ridhuan Tee Abdullah memuatnaik sebuah hantaran di Facebooknya, merujuk kepada kenyataan Datuk Sri Siti Nurhaliza di IG Storiesnya. Siti menulis bahawa seorang ustaz memberitahu bahawa dia mengumpul “pahala percuma”, setelah dikritik teruk kerana melanggar SOP semasa upacara tahnik untuk anaknya awal minggu ini.

Katanya, tindakan memetik nama orang beragama untuk melindungi diri dari kesalahan mereka sendiri juga dianggap tidak wajar.

Nampaknya perbahasan “kumpul pahala berganda-ganda’ tidak habis lagi. Jika semalam Prof Dr Ridhuan Tee ada menegur selebriti terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkaitan kenyataanya selepas dikecam netizen, kali ini giliran penyanyi nasyid kontroversi pula mengeluarkan ‘hujah’.



Terkini, penyanyi nasyid Suhaimi Saad menyuarakan sokongannya terhadap kenyataan penyanyi nombor satu negara itu. Katanya, kenyataan yang dibuat oleh Siti bukan dari ustaz namun Nabi yang mengutarakan tentang pahala yang dirai dalam bulan Ramadan ini.

Sokong Siti Nurhaliza

Sound Dr Ridhuan ke tu?

Menerusi kenyataan tersebut, Suhaimi memberitahu ada betulnya apa yang Siti Nurhaliza katakan dan bukannya mana-mana ustaz yang mengatakan hal berkenaan pahala, tetapi nabi sendiri yang menjelaskan perkara itu.



Menurutnya, apabila orang mengumpat dan mengeji kita lebih-lebih lagi bulan puasa, pahala orang-orang yang bersabar akan diberikan oleh Allah S.W.T.

“bukan ustaz mana cakap. Nabi yang cakap,memang pahala ibadah kita dalam bulan ramadhan ni Allah ganda gandakan.
bila orang kata,umpat,aibkan dan fitnah kita,kalau kita sabar,memang Allah akan bagi pahala yang besar.
Takkan benda basic macam tu pun tak tau.kata ustad,” tulis Suhaimi.

Minta henti burukkan keadaan

Justeru itu, penyanyi nasyid tersebut meminta agar Prof Dr Ridhuan tidak mempolitikkan hal terbabit kerana tindakkannya seoalah-olah menyebelahkan netizen dan membuatkan Siti Nurhaliza terus dikecam di media sosial.

“tak payah nak burukkan keadaan la ustad.makin lama makin buruk dan hilang hormat orang pada ustad. nak tibai siti, pastu nak bela netizen2 langau ni ke apa?”
patut ustad tolong tenangkan dan nasihat masyarakat supaya jaga lidah dan jari dalam bulan mulia ni.
Ini dah macam nak menangguk di air keruh plak. Tak elok ustad. Stop stop la politikkan semua benda.malu dekat Allah.” tambahnya.



Terdahulu, tular di media sosial satu kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza di IG story miliknya dengan menulis bahawa sedang mengumpul pahala diatas dugaan yang sedang dihadapi olehnya.

Namun, perkara itu telah mendapat perhatian pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee yang menegur berkenaan penggunaan nama ustaz bagi menutupi kesilapan dan perkara berkenaan amatlah dikesali.

Sumber: mosusoficial



Rujuk Siapa Dapat Pahala Berganda Atas Salah Sendiri – Ustaz Mana? Ridhuan Tee Abdullah Tanya..

Related Articles

One Comment

  1. macamlah cik siti tak pernah terbagi pahala pada orang lain
    Prof Dr. Ridhuan Tee cuma menegur sikap suka perasan diri manusia
    ada yang perasan diri hebat, ada yang riak tanpa mencermin diri dulu
    Nabi pun pernah bercakap tentang bagaimana seseorang itu boleh muflis segala pahalanya di padang mahsyar(akhirat)

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker