PKP: Persatuan penggguna rayu benarkan makan di kedai, had 2 orang semeja

Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) merayu agar restoran dan kedai makan dibenarkan menerima pelanggan di premis dengan had dua orang setiap meja susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kuala Lumpur dan beberapa daerah lagi di negara ini.

Menurut Presidennya Che Hassan Che Johan, rayuan itu dibuat berikutan banyak restoran yang amat terkesan apabila kerajaan tidak membenarkan ‘dine-in’ sewaktu PKP tahun lalu.

“Sebaik dibenarkan beroperasi dengan jumlah yang dihadkan, pengusaha restoran dapat menarik nafas lega kerana dapat menjalankan perniagaan seperti biasa biar pun pendapatan merosot.

“Sehubungan itu, PPMM ingin merayu kepada kerajaan untuk memberi kebenaran restoran beroperasi dengan had dua orang setiap meja.

“Dengan cara itu, peniaga yang terjejas dapat menjana pendapatan melalui operasi perniagaan berbanding secara pandu lalu (dan bawa pulang),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PKP berkuat kuasa di enam daerah di Selangor bermula hari ini sehingga 17 Mei 2021, manakala seluruh Kuala Lumpur dan beberapa daerah serta mukim di Johor, Perak dan Terengganu pula akan bermula pada 7 Mei sehingga 20 Mei 2021.

Segera tubuh RCI siasat pendedahan Tommy, Abdul Hamid

Aktiviti ‘dine-in’ di kedai makan merupakan larangan sewaktu PKP. Sebaliknya premis makanan hanya dibenarkan beroperasi melalui pesanan dan dengan had masa ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pada masa sama, Che Hassan turut membandingkan operasi pasar Ramadan dan pasar malam yang dibenarkan dengan prosedur operasi piawai (SOP) diperketatkan.

“Seperti biasa, pematuhan SOP di setiap restoran akan ditingkatkan dalam usaha membendung jangkitan Covid-19 di negara ini,” katanya lagi.

Menurut Menteri Pertahanan Ismail Sabri semalam, pasar Ramadan di kawasan PKP masih dibenarkan dengan operasi ketat, tetapi keputusan sama ada untuk meneruskan atau menutupnya tertakluk kepada kerajaan negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker