Geng Nicky : ASP Baldev Singh bebas dengan jaminan polis


PETALING JAYA – Pegawai penyiasat kanan polis, Asisten Superintendan (ASP) G S Baldev Singh yang disyaki mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan dalam buruan, Nicky Liow Soon Hee atau ‘Geng Nicky’ dibebaskan dengan jaminan polis, semalam.

Peguam, Gobind Singh Deo yang mewakili Baldev Singh mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

“Ya, anak guam saya dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kita fail permohonan untuk beliau dibebaskan, dan semalam beliau sudah dibebaskan menerusi ikat jamin.

“Berikutan itu, kes menarik balik permohonan habeas corpus (penahanan salah) di Mahkamah Tinggi sudah ditetapkan pada 11 Mei ini,” ujarnya ringkas.

Terdahulu, Baldev Singh yang berusia 36 tahun ditahan polis mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan ‘Geng Nicky’.

Bagaimanapun Mahkamah Tinggi Shah Alam diberitahu seorang pegawai kanan polis yang ditahan mengikut SOSMA kerana disyaki mempunyai kaitan dengan ‘Geng Nicky’ sudah dibebaskan.

Pada 30 April lalu, Baldev Singh telah memfailkan habeas corpus, dengan menamakan pegawai polis, Superintendan Amran Mohd. Jusin dan Ketua Polis Negara sebagai responden pertama dan kedua. K Online

Datuk Seri Nicky: A Triad Leader Who Has Links To International Crime Lords

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker